Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

MRT Laluan PUTRAJAYA - Kini Dibuka Sepenuhnya!

MRT Laluan PUTRAJAYA - Kini Dibuka Sepenuhnya!

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

VIDEO
MP4 Original Video Descargar
PHOTOS
MRT Laluan PUTRAJAYA - Kini Dibuka Sepenuhnya! JPEG Descargar

Mari kita cuba naik MRT laluan Putrajaya yang baru dibuka!

Bermula 16 Mac 2023 (hari ini), MRT Laluan Kwasa Damansara - Putrajaya telah dibuka sepenuhnya!

Tambang percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac 2023 bagi kesemua 36 stesen yang terdapat sepanjang laluan ini.

Boleh guna IC atau kad Touch & Go untuk proses pembayaran. Boleh juga minta token di kaunter tiket kalau tak ada kad Touch & Go.

Sementara tengah free ni, naiklah tanpa hala tuju 😂

Abang cuba² naik dari Stesen Sri Delima hingga ke Persiaran KLCC sambil singgah sekejap di Stesen Titiwangsa.

🕜 Persiaran KLCC - Putrajaya Sentral : 30 Minit

Tren akan melalui terowong bawah tanah bermula dari Stesen Jalan Ipoh, melalui Stesen Titiwangsa, Stesen Hospital Kuala Lumpur & Persiaran KLCC. Ada 9 stesen bawah tanah kesemuanya!

Sebanyak 17 stesen dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta yang menyediakan sejumlah 5,878 petak parkir.

Pengoperasian perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya ini akan menggunakan sebanyak 49 buah tren 4-gerabak berkapasiti 1,200 orang dengan kekerapan 5 minit di waktu puncak dan 10 minit di luar waktu puncak.

Tempoh perjalanan dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara mengambil masa 84 minit.

Moh apa tunggu lagi! Meh cuba naik MRT Laluan Putrajaya ni!

#MRT #MRTPutrajaya #MRTPutrajayaLine #KLCC #PersiaranKLCC #PutrajayaSentral #TravelwithLemon8 #Lemon8Malaysia