从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法
桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。
VIDEO | |||
MP4 | Original Video | 下载 | |
PHOTOS | |||
JPEG | 下载 |
Rumah Agam 99 Pintu
99 Doors Mansion
Byram Estate, Nibong Tebal
lanya terletak tersorok di dalam ladang Kelapa Sawit (Ladang Byram). Kami melolos masuk melalui pintu pagar yang berkunci dan berjalan sejauh 150 meter sebelum sampai ke rumah yang kelihatan agak uzur.
Rumah agam 2 tingkat jauh terlindung di tengah² ladang kelapa sawit dengan gaya kolonial yang penuh misteri & kisah seramnya.
Dikatakan mempunyai 99 pintu & apabila tiap kali dikira jumlahnya tidak pernah sama.
Dibina pada awal 1900 oleh keluarga Ramsden, warga British yang juga pemilik kebun kelapa & getah yang berjaya ketika itu.
Satu tragedi telah terjadi pada tahun 1948 di mana cucu Ramsden telah mati ditembak dua kali di kepala semasa menuruni tangga rumah agam berkenaan.
Sampai ke hari ini motif & pembunuh tidak dapat dipastikan. UNSOLVED CASE.
Ada yang kata ditembak komunis, ada yang kata ditembak pesaing yang cemburu kekayaan keluarga Ramsden ni.
Dikatakan keluarga Ramsden berpindah ke Australia selepas kejadian tersebut berlaku & rumah agam ni dibiarkan usang lebih 50 tahun.
Ada usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan Pulau Pinang & Majlis Bandaraya Seberang Perai nak jadikan kawasan ni sebagai pelancongan sejarah.
Namun menemui kesukaran dengan tuan tanah & tuan rumah yang masih dijejaki sampai sekarang.
#Byram #ByramMansion #99DoorMansion #RumahAgam99Pintu #Mansion #Penang #Malaysia #TravelWithLemon8 #Lemon8Malaysia