Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL!

Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL!

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống
Pintasan Saloma- Lokasi Wajib OOTD di KL! JPEG Tải xuống

Saloma Link/Bridge a.k.a Pintasan Saloma

Jambatan pejalan kaki & pengayuh basikal sepanjang 69 meter yang merentasi Sungai Klang, menghubungkan Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya AKLEH ke Jalan Saloma berhadapan KLCC.

Jika sebelum ini Kampung Baru & KLCC terpisah oleh AKLEH, kini perjalanan berjalan kaki mengambil masa 10 minit sahaja.

Apa yang menariknya, jambatan ini dibina bersebelahan kawasan tanah perkuburan Jalan Ampang di mana bersemadinya Seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan seniwati Saloma.

Seni bina jambatan ini diilhamkan oleh konsep sireh junjung (susunan daun sirih), yang merupakan sebahagian daripada perkahwinan Melayu.

Berlatarbelakangkan KLCC, pada setiap malam Pintasan Saloma dihiasi dengan lampu-lampu yang sentiasa bertukar warna & corak.

Bagi yang belum pernah sampai, Pintasan Saloma merupakan tarikan terbaru kat Kuala Lumpur. Tempat port ambil gambar OOTD atau berswafoto dengan konsep futuristik yang ‘Instagrammable’ orang kata.

Mari kita tengok apa yang menarik tentang Pintasan Saloma ini & panduan melaluinya:

➡️ Nama Pintasan Saloma ini adalah berikutan lokasinya yang di bina di Jalan Saloma yang diabadikan sempena biduanita negara Allahyarhamah Puan Sri Saloma (1935 – 1983).

➡️ Allahyarhamah telah disemadikan dengan aman di tanah perkuburan Islam Jalan Ampang yang terletak bersebelahan laluan pejalan kaki Pintasan Saloma ini.

➡️ Jambatan Saloma ataupun Saloma link (Pintasan Saloma) ni dibuka pada 5 Februari 2020 yang lalu pada pukul 2.30 petang.

➡️ Pintasan Saloma ini juga menghubungkan KLCC dengan tempat-tempat makan Melayu di Kampung Baru.

➡️ Bila dah sampai kat Kampung Baru antara kedai makan yang boleh di cuba termasuklah Suraya Seafood, Nasi Lemak Wanjo dan Nasi Lemak Antarabangsa. Kedai lain mungkin tak sesuai untuk yang jalan kaki.

➡️ Kalau nak naik jambatan ini ada dua cara. Dari Kampung Baru, kita boleh naik jambatan ini dari Lorong Raja Muda Musa 3 iaitu 100 meter dari LRT Kampung Baru.

➡️ Kalau dari sebelah KLCC pula kita boleh naik di Jalan Saloma bersebelahan Menara Public Bank. Bila keluar dari jejantas ini, memang boleh nampak KLCC depan mata, tak jauh mana.

➡️ Dengan adanya Pintasan Saloma ni, kita boleh berjalan kaki dari KLCC ke Kampung Baru, atau sebaliknya, dalam tempoh cuma 15 minit.

➡️ Pada waktu malam, lampu-lampu LED Pintasan Saloma akan bertukar warna sama seperti Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia yang menjadi ikon di bandar ini.

➡️ Nak datang siang boleh, dan kalau nak bergambar malam pun lagi ‘best’. Sebab jambatan ini dihiasi lebih 4000 LED yang berbentuk berlian dengan penataan cahaya dinamik yang berwarna-warni bila waktu malam. Lampu ini bakal bertukar warna dan tema ikut musim perayaan atau cuti.

➡️ Jambatan ini ada laluan dibuat khas untuk penunggang basikal. Kalau malas nak naik tangga ada disediakan lif.

➡️ Di buka setiap hari tetapi jangan datang lewat sebab waktu operasinya bukan 24 jam. Buat masa ini, waktu operasi dijangka mengikut operasi tren LRT.

✅ Isnin hingga Sabtu : 5 a.m – 1 a.m.

✅ Ahad & Cuti Am : 5 a.m – 12.30 a.m

➡️ Jejantas pejalan kaki Pintasan Saloma ini panjangnya 370 meter dengan menelan kos RM31 juta. Dari keseluruhan panjang jambatan ini, 69 meter dibuat merentasi lebuh raya bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH).

✅ Jambatan ini tingginya sama macam bangunan 4 tingkat. Kawasan pejalan kakinya selebar 4 kaki dan laluan di atas AKLEH dikatakan boleh menampung 200 orang pada satu-satu masa.

.

.

#KualaLumpur #SalomaBridge #PintasanSaloma #OOTD #Malaysia #Lemon8Malaysia #Lemon8Travel #RacunLemon8