Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

Makan² Dalam Ladang Nipah di kaki Gunung Jerai!

Makan² Dalam Ladang Nipah di kaki Gunung Jerai!

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

VIDEO
MP4 Original Video Herunterladen
PHOTOS
Makan² Dalam Ladang Nipah di kaki Gunung Jerai! JPEG Herunterladen

Siapa ada pengalaman di sini makan-makan di dalam ladang nipah? 🙋

Abang tak pernah! 😂

Ini merupakan pengalaman pertama kali abang merasai pengalaman makan di Ladang Nira Nipah Napiah yang terletak di Kg Sungai Pial, Merbok Kedah (jalan ke Tanjung Dawai)

Kalau di belah Yan ada Ladang Nipah Ismail Che Kaq, di belah Merbok pulak ada Ladang Nira Nipah Napiah.

Bukan senang nak tengok buah nipah macam mana rupanya. Selalu dok tengok dalam TV ja. Datang ke sini siap boleh 'hands-on' pegang² buah nipah !

Yang mengejutkan walaupun redup-redup ja rimbunan pokok nipah, di sini takda nyamuk! Tempat makan bersih & selesa. Boleh makan dengan tenang.

Walaupun pelanggan agak ramai, servis memang tiptop. Sekejap sahaja makanan yang dipesan sampai. Pekerja jugak ramai.

Menu popular mee udang/sotong/tulang. Bawal goreng panas pun ada.

Lepas makan boleh OOTD di kawasan sekitar. Banyak 'port' santai bergambar. Sangat direkomendasi.

Google Maps atau Waze sahaja :

📌 Ladang Nira Nipah Napiah, Kg Sungai Pial,

Merbok Kedah (Jalan ke Tanjung Dawai)

#LadangNipahNapiah #Merbok #GunungJerai #Nipah #TravelWithLemon8 #LadangNipah #Lemon8Malaysia #RacunLemon8