Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Jiran dari Neraka?

Jiran dari Neraka?

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Jiran dari Neraka? JPEG Download

Rabu | 16 Oktober 2024,

Aku sudah duduk di rumah sewa ini 4 tahun. Tinggal bersama Mak, Ayah dan adik beradik. Asalnya, yang recommend rumah sewa ini adalah kawan Mak. Kawan Mak tu menyewa di dalam kawasan yang sama. Rumahnya di hadapan rumah kami.

Perkara ini terjadi selepas raya 2024 tahun ini. Aku dan Mak pergi hadiri majlis tunang anak kepada kawan Mak. Habis kantoi sifat sebenar Makcik (yang sewa depan rumah kami tu).

Ok nak senang aku namakan Makcik tu “Makcik T”.

Makcik T dan Mak aku sudah lama berkawan. Saling tegur menegur apabila berjumpa.

Setelah 4 tahun kami tinggal menyewa di hadapan rumah Makcik T, semuanya kantoi.

Patutlah bertahun tiada siapa undang kami sekeluarga ke majlis atau kenduri sebab Makcik T tak pernah sampaikan undangan kepada kami. Kami tak tahu apa masalah Makcik T.

Ok sebenarnya kawan Mak Ayah kebanyakan adalah kawan kepada Makcik T juga. So, bila ada kenduri, mereka akan pesan pada Makcik T untuk menjemput kami sekeluarga tapi Makcik T tak pernah inform pun.

Ok perkara yang Makcik T buat pada kami;

- Makcik T fitnah Ayah aku kejarkan orang guna parang. Sedangkan perkara itu tak pernah terjadi. Cerita fitnah ini sudah tersebar pada kawan kawan Mak Ayah. Sampaikan Makcik T burukkan Ayah pada Tuan Rumah. 😡

- Makcik T menghina kerja Husband aku. Makcik T cerita pada semua kawan kawan Mak Ayah aku. Makcik T kata anak dia lagi hebat kerja ofis. Husband aku kerja tak ada masa depan. 😒

- Makcik T cakap pada orang yang bahu Mak aku bongkok sebab kuat s3x. Dia cakap kuat kuat dalam mall. Ketika ini dia cakap depan kami. Dia ingat lawak. Sedangkan Mak aku sakit frozen shoulder. Astaghfirullah Ya Allah. 😞

- Makcik T hina pekerjaan aku dan adik aku. Dia kata anak dia gaji 5k. Anak dia budak paling pandai di UUM. Ok ini lawak. 🤣

- Makcik T datang rumah aku semata mata nak hina keluarga aku. Dia kata dia nak ganti semula makanan yang sudah belanja dia makan beberapa hari lepas. Dia beli makanan yang sama kemudian berkata “Ini Acik ganti makanan kau, kau taknak kau buanglah bagi anjing makan,”. Apa perasaan korang? 😡

- Makcik T fitnah yang Mak aku suka cari pasal. Sedangkan Mak aku bergaduh dengan orang lain disebabkan mulut Makcik T. Dialah batu api selama ini. 🥺

- Makcik T memburukkan majlis pernikahan aku semasa Pkp. Dia sebar pada orang perkara tidak elok. Ketika ini kantoi sebab orang tanya Mak aku semasa Mak aku hadiri majlis pertunangan kawannya. 🙄

Paling sakit hati yang kami sekeluarga tak boleh terima mengenai Mak aku kuat *** tu. Sakit hati aku. Sampai hati dia burukkan Mak aku macam itu sekali.

Oh ya, sebenarnya banyak lagi tapi biarlah aku pendam. Btw, Makcik T itu “orang luar”. Bukan warganegara Malaysia pun. Dia pakai passport atas jaminan suami. Tapi mulut peghhh hebat gila menghina orang. 😭

Sekarang kami diam dulu. Tapi itulah, makin diam makin teruk mulut dia bawa cerita pasal kami perkara tak betul. Tapi kebanyakkan kawan kawan Mak Ayah sudah tahu perangai sebenar Makcik T. Sudah 5 bulan kami tidak bertegur sapa sebab kami sakit hati.

Tak apa, perlahan lahan biar Allah buka aib Makcik T. Sebab sekarang sudah banyak orang tahu perangai dia. Semoga Allah saja membalas.

Korang, boleh tak doakan aku semoga aku dikurniakan rumah sendiri. Semoga aku dapat berpindah dari sini. Aku berimpian untuk ada rumah sendiri untuk Mak Ayah duduk. 🥺 Aminn Yra. 🤲🏻

#BerbezaItuNormal #McmneEh #jirandarineraka #AskLemon8 #relationship