Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

KEK LUMUT CHEESE..(KUKUS)

KEK LUMUT CHEESE..(KUKUS)

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
KEK LUMUT CHEESE..(KUKUS) JPEG Download
KEK LUMUT CHEESE..(KUKUS) JPEG Download

BAHAN RESEPI KEK LUMUT CHEESE

Acuan 9x9

Kukus Bahagian Lumut :

▪ 10 biji telur

▪ 450 gram butter

▪ 1 cawan gula halus

▪ 200 gram horlicks

▪1 cawan tepung hongkong boleh guna tepun pau kalau tk ada( Diayak)

▪ Setengh cawan susu pekat manis

▪ 60ml pandan pes(Satu botol)

▪ 1 cawan susu tepung

▪ Setengah sudu esen vanila

BAHAN RESEPI BAHAGIAN CHEESE

▪ 750gram cheese

▪3 biji telur

▪ 4 sudu tepung hong kong

▪ 1 sudu esen vanilla

▪1 cawan gula halus

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN KEK LUMUT

A) Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai berwarna putih . Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, pastu pukul lagi. Buat sampai habis ya. Lepastu baru masukkan susu pekat.

B) Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sebati. Baru masukkan tepung hongkong. Done untuk kek lumut.

C) Bahagikan kepada 2 bahagian ya. Kukus bahagian bawah hijau dulu. Kalau google dia cakap 30 mins. Tapi saya kukus 1jam. Kena cek selalu ya. Kalau rasa dah keras tu, baru boleh letak cheese. Loyang guna siza 9x9.

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN CHEESE

A) Senang ja bahagian ni. Campurkan sahaja semua bahan tu. Pastu boleh blend guna hand mixer sampai lembut. kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.

#keklapissarawak