Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Kena

Kena "Scam" Dengan Bas| Rezeki Vacation Free ✨

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Kena JPEG Descargar

Hi & Hello! 🍋

Siapa ada pengalaman kena "scam" dengan bas? Driver bas kata dah nak dekat, tapi tak sampai-sampai.

Sebagai penumpang bas ekspres tegar waktu tu, pengalaman yang satu ni memang tak dapat saya lupakan sampai sekarang. Cerita bermula bila saya dan kawan plan untuk jumpa tapi kami berlainan daerah. Selepas bincang, kami decide untuk jumpa di daerah kawan saya yang jauhnya 2jam drive. Untuk mudahkan pergerakan, saya yang akan kesana dengan bas dan kemudian kami akan bergerak dengan kereta kawan saya.

Hari kejadian, bas saya tak kunjung tiba. 5jam saya tunggu bas tu dan akhirnya saya give up sebab dah terlalu letih. Bila saya call operator untuk update lokasi bas, mereka cuma kata bas dah nak hampir. Sepanjang 5jam tunggu, setiap 30min saya call operator dan jawapan sama diberikan sampailah akhirnya saya give up dan balik semula ke rumah. Makanya terpaksa kami batalkan plan memandangkan waktu hampir dah nak maghrib dan bimbang akan membahayakan memandangkan saya naik bas seorang. Jadi, hotel yang saya book terpaksa saya cancel. Rezeki saya booking hotel pay upon arrival, tiada kerugian.

Tapi, saya tak puas hati dengan insiden tu. Saya buat report dan alhamdulillah mereka pulangkan semula duit ticket bas saya. Maka, terbatallah perjumpaan kami pada tahun tu.

Rezeki tak pernah salah alamat. Tahun depannya saya dihantar untuk kursus pada tarikh yang lebih kurang sama dengan tarikh sepatutnya kami berjumpa di lokasi yang memang kami nak pergi haritu! 😢 Lagi seronok sebab boss bagi green light untuk saya bawa peneman. Kos hotel, makan dan transport semua company yang tanggung. Melompat kegembiraan la kami. 😂

Kisah plot twist ni saya anggap rezeki tak tersangka untuk saya. ♥️

#Rezeki

#Lemon8Forum

#WeeklyChallenge

#ViralOnLemon8