Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

Bedak Sejuk untuk Kulit Lembut

Bedak Sejuk untuk Kulit Lembut

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
Bedak Sejuk untuk Kulit Lembut JPEG Tải xuống
Bedak Sejuk untuk Kulit Lembut JPEG Tải xuống
Bedak Sejuk untuk Kulit Lembut JPEG Tải xuống

Hi korang.

Korang tahu tak apa itu bedak sejuk? Bedak sejuk adalah sejenis bedak yang dihasilkan daripada beras. Terdapat pelbagai jenis bedak sejuk iaitu jenis yang berbiji- biji, serbuk dan juga cecair.

Bedak sejuk sangat bagus untuk rawatan kulit wajah dan merupakan antara alternatif terbaik untuk digunakan sekiranya segala jenis produk telah dicuba dan tidak menjadi. Hal ini demikian kerana, bedak sejuk tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang berbahaya. Bedak sejuk adalah semulajadi daripada beras yang sememangnya bagus untuk kulit.

Bedak sejuk mempunyai banyak manfaat dan khasiat, antaranya ialah ia boleh menyejukkan kulit, mengecutkan jerawat dan mencerahkan kulit juga. Sebenarnya, bedak sejuk mempunyai banyak lagi kebaikan lain iaitu boleh menyerap minyak di wajah, menanggalkan sel kulit mati, menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dan mengecilkan pori di wajah.

Bedak sejuk ni boleh diamalkan setiap hari dan Hanna kebiasaannya akan pakai sebelum tidur. Cara pakai pun mudah sahaja, ambil sedikit bedak sejuk dan campurkan dengan sedikit air sehingga ia cair dan pekat. Sapu pada muka. Korang boleh rasa kesejukkan dari bedak sejuk tersebut.

Biarkan ia kering dan terpulang pada korang nak bilas dengan air ataupun nak sapu begitu sahaja. Yang pasti, hasilnya boleh memberi kulit wajah korang lembut dan cerah.