Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH?

PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH?

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH? JPEG Descargar
PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH? JPEG Descargar
PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH? JPEG Descargar
PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH? JPEG Descargar
PERCERAIAN FAST TRACK @ PERCERAIAN SEK. 47@FASAKH? JPEG Descargar

Tiada pasangan yang berkahwin inginkan perceraian. Namun, Islam membenarkan perceraian. Kenapa perceraian dibenarkan? sebab kadangkala, ada beberapa keadaan di mana rumahtangga tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perceraian merupakan jalan terbaik bagi pihak-pihak.

Apabila ingin failkan perceraian, ramai yang keliru, mana satu yang perlu difailkan? Fast track? Seksyen 47? Atau fasakh?

Sebelum menjawab kepada persoalan tersebut, suka untuk saya jelaskan apa yang dimaksudkan fast track, seksyen 47 dan fasakh ini?

Perceraian secara fast track dalam bahasa mudahnya adalah perceraian yang difailkan pada hari tersebut dan keputusan diperoleh pada hari yang sama. Namun, untuk failkan perceraian secara fast track ini, SUAMI dan ISTERI tersebut HENDAKLAH BERSETUJU untuk bercerai. Sekiranya salah seorang tak bersetuju? Maka, kes tersebut akan berpindah kepada perceraian melalui seksyen 47.

Apa akan jadi bila berpindah kepada seksyen 47? Kesannya, kes tersebut dah tak jadi ‘fast’ dah. Dia akan melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Apa prosedurnya? Tuan-tuan boleh rujuk di carta alir yang saya lampirkan di pada gambar kedua di bawah.

Bagi negeri-negeri yang mempunyai kaedah hakam, tiada masalah bagi pemfailan perceraian seksyen 47 ini. namun, sekiranya kaedah hakam tidak diaplikasikan bagi negeri tuan/puan bermastautin, agak berisiko untuk memfailkan seksyen 47. Apa risikonya? risikonya, dalam beberapa keadaan, seperti tiada kerjasama daripada pihak suami, kes puan mungkin akan ditolak oleh Hakim.

Seterusnya, fasakh. Bagi negeri-negeri yang tidak mengamalkan kaedah Hakam, fasakh adalah jalan terbaik sekiranya perkahwinan tersebut sudah tidak dapat diteruskan dan suami tidak memberi kerjasama untuk menghadiri prosiding di Mahkamah. Namun, fasakh ini tertakluk kepada 12 perkara yang telah digariskan oleh Enakmen (boleh rujuk gambar ketiga yang dilampirkan di bawah) oleh itu, apabila salah satu daripada 12 perkara tersebut telah berlaku dalam rumahtangga, maka puan boleh failkan fasakh di Mahkamah Syariah.

Tapi fasakh ni susah kan? Ada seorang puan ni datang mengadu dengan saya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bahawa dia nak failkan fasakh, tapi Hakim minta untuk di lantik peguam. Beliau nyatakan bahawa beliau tak mampu untuk melantik peguam sebab bekerja biasa-biasa sahaja.

Fasakh ni bukanlah susah, tetapi agak teknikal. Hal ini kerana sekiranya diteliti, daripada 3 jenis perceraian di atas, hanya fasakh yang perlu melalui perbicaraan dan perlukan pembuktian di Mahkamah.

Apabila kes tersebut perlukan perbicaraan dan pembuktian di Mahkamah, maka kes tersebut agak teknikal dan perlukan nasihat daripada pihak yang sewajarnya. Sekiranya tuan puan tak mampu untuk melantik peguam, saya cadangkan untuk tuan puan ‘melabur’ sedikit untuk hadir consultation daripada mana-mana peguam syarie yang tuan puan yakin dan percaya. Pastikan semasa consultation tuan puan tanya sehingga faham dan jelas apa tindakan dan perjalanan kes tersebut. Sebab consultation biasanya berbayar. Rugilah kalau bayar tapi tuan puan tak dapat apa-apa manfaat yang boleh bantu kes tuan puan.

Sebelum saya terlupa, tidak semua negeri mengaplikasikan perceraian secara fast track ini. Setakat yang saya maklum, hanya Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja yang mengaplikasikan kaedah fast track ini (mungkin ada negeri lain yang saya tidak maklum). Oleh itu, bagi negeri-negeri lain, hanya seksyen 47 dan Fasakh sahaja pilihan yang ada.

Nasihat saya, sebelum failkan apa-apa kes, rujuk dulu mana-mana peguam sama ada peguam swasta atau JBG, dapatkan nasihat terbaik baru failkan kes supaya tidak berlaku pembaziran wang, masa dan tenaga naik turun Mahkamah. Semoga tuan puan yang diuji dengan masalah rumahtangga dimudahkan urusan dan rumahtangga yang tidak diuji dikekalkan dalam Sakinah mawaddah wa Rahmah.

catatan 03.09.2024 by Hani Syazwani Aziz

#ceraifastrack

#ceraiseksyen47

#fasakh