Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

ATHIRAN (2019)

ATHIRAN (2019)

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
ATHIRAN (2019) JPEG Descargar

Mengisahkan sebuah hospital mental yang diibaratkan “Indah Khabar Dari Rupa”, yang sebenarnya ia dipenuhi dengan bisikan-bisikan misteri disebalik dinding yang menyimpan rahsia para pesakitnya..

ATHIRAN (2019) sebuah kisah yang mampu mengusik emosi kita, bermain dengan minda serta psikologi kita..sehingga kita sendiri tidak mampu membezakan mana yang benar..mana yang salah.

Dr. Nair (Fahadh Faasil), seorang pakar psikiatri telah dihantar ke kawasan terpencil dimana terletaknya hospital mental tersebut bagi menyiasat kejadian-kejadian aneh dan misteri yang dilaporkan telah menimpa para pesakit di situ.

Disitu, Dr. Nair juga mendapati para pesakit telah menerima kaedah rawatan yang diragui. Dia sedar ada sesuatu yang tidak kena dengan hospital tersebut dengan berhati-hati dia cuba mencari kebenaran dari rahsia yang diselindung oleh para penghuninya.

Sai Pallavi disini membawa peranan sebagai gadis autism, Nithya yang telah dituduh membunuh seluruh ahli keluarganya dan kerana dia dipercayai mempunyai masalah mental, dia pun dihantar ke hospital mental ini.

Di sini kita akan dapat melihat gandingan serasi diantara Fahadh Faasil dan Sai Pallavi telah berjaya mencipta fenomena misteri yang bagi sis ia berjaya membangkitkan adrenalin sis yang tersembunyi akhirnya mencipta suasana yang menakutkan kerana ia benar-benar bermain dengan psikologi manusia apatah lagi konsep filem ini mempunyai elemen seram misteri yang digambarkan dengan kewujudan hospital mental yang tidak dikenali dan diketahui manusia luar..jauh tersembunyi dari dunia luar dan adanya para pesakit yang berkelakuan aneh dan sukar difahami.

Klimaks filem ini bermula apabila Dr Nair mendapati rekod pesakit yang didaftarkan tidak sama dengan jumlah pesakit yang ada disitu dan dia juga telah menemukan sebuah bilik rahsia di ruangan bawah tanah di hospital tersebut…

MENARIK DAN TERTARIK KAN??? Haa..nak tahu kisah selanjutnya..dan JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI RASA MISTERI..bolehlah cari di Utube ya (English subs sahaja)

Sis suka genre #thrillerpsychology serta #mystery dan kisah ATHIRAN ini sememangnya ”MIND-BLOWING”..dan PLOT-TWIST dia?? Fuhh..4/5⭐️⭐️⭐️⭐️

xoxo, hana-chan🦋

#myonething #takemymoneybrands #lemon8review #RacunLemon8 #movierecommend #movies