Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

MOURNING GRAVE

MOURNING GRAVE

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
MOURNING GRAVE JPEG Download

Mourning Grave (2014) - “Kubur Yang Berkabung..”

(Akan datang bulan Oktober ini di Viu Malaysia)

Edited: Dah masuk Viu!

Salah satu filem lama lakonan Kang Ha-Neul bersama Kim So-eun yang sis sangat-sangat "RECOMMEND” anda bagi yang belum lagi tonton terutama bagi peminat filem-filem SERAM KOREA.

Bagi sis, ini adalah salah satu filem seram Korea YANG TERBAIK yang pernah sis tonton. Bukan setakat seram sahaja, tetapi juga digarapkan dengan kisah yang sangat tragis dan menyedihkan.

Mampu mencetuskan suasana suram dan seram yang sekaligus menjentik emosi kita sebagai penonton terutamanya ketika kemunculan "roh" tersebut..rasa seram itu memang "ON POINT"! (Cubalah tonton waktu malam sunyi, serius feel gila😌)

Filem ini sebenarnya mengfokuskan tentang isu buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Yang kuat menindas yang lemah, yang lemah pula makin lemah dan hanya membiarkan diri mereka menjadi boneka yang boleh digunakan dan dipermainkan sesuka hati. Sadis kan??

Dalam filem ini, Ha-Neul sebagai In-soo membawakan watak sebagai seorang pelajar yang mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk halus/hantu dan boleh berkomunikasi dengan mereka.

Roh-roh yang tidak tenang selalunya akan meminta bantuan dari In-soo untuk menuntut keadilan atau membalas dendam agar roh-roh itu dapat pergi dengan tenang.

Ketika In-soo berpindak ke sekolah barunya, In-soo mula mengalami kejadian-kejadian yang pelik dan sering dinampakkan dengan roh-roh yang gentayangan di sekolah tersebut.

In-soo tinggal bersama pakciknya yang juga mempunyai kemampuan untuk melihat roh, kerana merasa tidak senang hati dia bertanya kepada pakciknya perihal ini. Melalui pakciknya, sebuah kisah suram yang pernah berlaku di sekolahnya mula terkuak satu demi satu.

Setelah itu, beberapa kejadian misteri mula berlaku di sekolahnya. Satu persatu pelajar dikelas In-soo menghilang tanpa khabar.

Agaknya apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah misteri disebalik kisah kejadian hitam yang pernah berlaku dahulu? Dapatkah In-soo merungkai misteri ini?

Untuk mendapatkan jawapannya, bagi yang belum lagi tonton filem ini boleh tonton secara striming di Viu akan datang ini.

MEMANG BERBALOI!!

xoxo, Hana-chan

#myonething #lemon8review #RacunLemon8 #Malaysia #movierecommend #