Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Bayiku IUGR🥲

Bayiku IUGR🥲

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Bayiku IUGR🥲 JPEG Download

Hi,

Ini pengalaman sis sendiri melahirkan dan membesarkan anak yang disahkan IUGR. Apa tu IUGR??

Intrauterine Growth Restriction- baby di dalam rahim yang tidak membesar seperti yang dijangka. Ini bahasa mudahnya.

Anak kedua sis disahkan iugr apabila kandungan masuk usia 7bulan. Pembesaran dia lewat seminggu dari expected due date dan tak mencapai tahap pembesaran yang sepatutnya.

Since daripada tu sis kena berjumpa dengan doctor 2 minggu sekali untuk pantau pembesarannya,selain itu pemeriksaan bagi mengenalpasti tiada masalah kesihatan bayi dalam kandungan.

Suntikan dexa untuk matangkan paru-paru baby sebab baby iugr ni memang tak boleh lama-lama dalam perut nanti dia akan stop pembesarannya. Biasanya masuk 36weeks pregnancy memang akan disuruh melahirkan sama ada kaedah normal ataupun ceasar. Ini mengikut keadaan dan berat baby ye.Macam sis punya kes memang kena ceasar sebab berat baby terlalu kecil 1.5kg jadi baby tak boleh stress sekiranya di induce untuk bersalin normal.

Long short story, Alhamdulillah anak sis survive tiada masalah kesihatan dan sehingga kini sizenya agak kecil berbanding seumurnya. Masuk 6 tahun 2024 ni insya Allah.

Apa-apa pun sis bersyukur dan terima keadaannya. Tiada cacat cela dan kesihatannya baik pun dah sangat-sangat bersyukur. Sehingga kini sis tak pernah putus asa untuk pastikan dia membesar sempurna sama macam rakan sebayanya.

Anak nombor 2 kan, pastinya lagi panjang akalnya berbanding abang dan adiknya! Haish pening mommy😅😌

**disclaimer: ini adalah berdasarkan pengalaman sis sahaja.Maaf andai ada tersalah dan kekeliruan dalam penceritaan.

#momlife #Lemon8MomsClub #LoveDump #WeeklyChallenge