Descargador de videos Lemon8

La forma más fácil de descargar videos y galerías desde la aplicación Lemon8

Didik Anak Hormati Orang Tua 👍

Didik Anak Hormati Orang Tua 👍

Escritorio: haga clic con el botón derecho y seleccione "Guardar enlace como..." para descargar.

PHOTOS
Didik Anak Hormati Orang Tua 👍 JPEG Descargar
Didik Anak Hormati Orang Tua 👍 JPEG Descargar
Didik Anak Hormati Orang Tua 👍 JPEG Descargar

Halluu halluuu, lovelies! I’m Fie. 🧚🏼‍♀️✨

Saya belum ada anak sendiri tapi perkongsian saya adalah berdasarkan pengalaman mendidik sebagai seorang kakak kepada adik-adik sepupu, mak cik kepada anak-anak buah dan cikgu kepada anak-anak murid.

Jom lihat cara saya menerapkan nilai menghormati orang tua atau lebih dewasa dalam kalangan anak-anak.

👍 Ucapan salam atau selamat sejahtera

• tabiat menegur dengan ucapan salam atau selamat sejahtera

👍 Bersalaman

• muhrim sahaja

• terangkan siapa yang boleh dan tidak boleh bersalaman

👍 Tunduk hormat

• bagi bukan muhrim

• apabila lalu-lalang di hadapan orang tua

• mohon “tumpang lalu” agar diberi laluan

👍 Senyum

• manis muka meskipun ‘propa’

👍 Beri perhatian

• tumpukan perhatian semasa orang tua atau lebih dewasa sedang bercakap atau memberi nasihat

• turut beri perhatian pada keadaan sekeliling bak kata peribahasa “cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”

👍 Ucapan “maaf” dan “terima kasih”

• menurunkan ego, mengakui kesilapan dengan memohon maaf

• lazimi ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan hatta hal-hal kecil

👍 Penggunaan perkataan “tolong”

• berbahasa dalam meminta pertolongan dengan menggunakan perkataan “tolong” tanpa gagal

• jangan sesekali ‘meminta-minta’ tanpa berusaha terlebih dahulu

👍 Minta kebenaran

• mohon kebenaran sebelum bertindak, bukan sesuka hati

• minta izin untuk beredar (minta diri)

• ketuk pintu sebelum dibenarkan masuk

👍 Menjaga pertuturan

• bertanya khabar dan berbasi-basi sekadar manis mulut

• gunakan perkataan yang molek, tidak kasar dan kesat

• jangan mencelah atau menyampuk perbualan

• menerangkan situasi yang dibolehkan bertegas secara ‘halus’ tanpa menghamburkan kata-kata jelik

👍 Budi pekerti mulia

• sentiasa menjaga tingkah laku dan adab sopan

• bertindak rasional, fikir dahulu sebelum lakukan sesuatu

• penghargaan boleh dizahirkan melalui tindakan

• jelaskan tentang batas-batas pergaulan, keperluan mencipta jurang (mengikut situasi)

👍 Menghormati privasi

• masa dan tempat yang sesuai mahupun tidak

I grow up with strict parents despite being the only child. Maka pendek kata, cara didikan saya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara saya dididik juga.

Selain menunjukkan contoh, saya selalu cuba menegur dengan berhemah dan berhikmah supaya mereka dapat iktibar. Mendidik bukan perkara yang remeh, bahkan memerlukan kesabaran yang tinggi serta pengorbanan yang besar.

Bagaimana pula dengan cara kalian? Sudilah kongsikan untuk rujukan bersama. 🙆🏻‍♀️💕

🌟Like & save kalau bermanfaat!

#SchoolDays #BigSisterAdvices #Lemon8MomsClub #Religious #lemon8sharing #ShareMyExperience #Parenting101