Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Berat Hati Pergi Lemon8 Sparkling Day 2024 🥺❤️‍🩹

Berat Hati Pergi Lemon8 Sparkling Day 2024 🥺❤️‍🩹

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Berat Hati Pergi Lemon8 Sparkling Day 2024 🥺❤️‍🩹 JPEG Download

Halluu halluuu, lovelies! I’m Fie. 🧚🏼‍♀️✨

Maaf, caption panjang berjela! #MyFreeTime memang saya suka bercerita. Ikuti kisah Berat Hati Pergi Lemon8 Sparkling Day 2024 🥺❤️‍🩹

📌 BERITA KEMATIAN

Sebenarnya, saya menerima khabar duka pada hari yang sama saya menghadiri #Lemon8sparklingday lalu. Berita pemergian Nenda saudara tersayang.

Pada mulanya, saya berat hati untuk pergi ke Lemon8 Sparkling Day. Tapi masa terima panggilan Ayah tu, saya dah siap dan bergegas nak keluar dari bilik hotel turun ke lobi to catch my Grab to the event location. Otak saya jammed.

Saya nekad untuk pulang awal dan terus menziarahi arwah Nenda di Cheras. Bagaimana caranya tu kemudian saya akan fikirkan. Bestie juga maklum akan hal tu dan bersiap sedia tunggu update saya.

📌 LEMON8 PIC & CREATORS MEMAHAMI

Saya berusaha menyembunyikan perasaan gusar dan berat hati sepanjang majlis berlangsung. Mingle around with new friends and participated in every activity throughout the event. Tapi kakak online saya @ruma_mrsnisa perasan rupanya, “Patutlah nampak awak macam distracted je”. 🥲

Saya tak henti berdoa di dalam hati moga ada kesempatan untuk menatap wajah Nenda buat kali terakhir. Jika tak ditakdirkan untuk berbuat demikian pun, saya dah redha. Asyik-asyik dok tengok jam dah pukul berapa. Cepat betul rasa masa berlalu!

Beberapa Lemon8 PIC dah pun saya maklumkan tentang hasrat saya untuk pulang lebih awal. Mereka sangat memahami dan izinkan saya pulang pada bila-bila masa. Tapi, setiap kali saya nak bingkas dari tempat duduk, masatu jugalah Lemon8 PIC nak memulakan pembentangan dan perkongsian mereka di depan. Saya rasa kurang sopan atau biadab pula kalau tiba-tiba saya bangun meninggalkan majlis. Maka, saya tunggu hingga selesai.

Jam menghampiri 4 petang, saya segera maklumkan bestie di hotel untuk bersiap dan terus tempah Grab. Sempatlah saya berjumpa beberapa #lemon8creators dan Lemon8 PIC sebelum beredar. Saya dah tak boleh tunggu! Ramai yang bagi semangat dan doakan yang baik-baik, terharu sangat! 😭

📌 PEMANDU GRAB BAIK

Masuk saja Grab, saya bertanya pendapat pemandu tu sama ada saya patut ke Cheras dengan Grab ataupun public transport (LRT)? Memandangkan kebarangkalian untuk jalan sesak pada waktu petang hari Sabtu, cuti sekolah, hari gaji adalah tinggi. Pemandu belek telefon dia (maps) sambil beri cadangan lebih baik naik Grab, terus sampai ke destinasi tanpa perlu bertukar ganti kenderaan. Keadaan trafik pun nampak tak begitu sesak.

Hampir tiba di hotel, nak tau tak pemandu Grab tu kata apa??

👤: Takpun cik nak saya hantarkan ke Cheras terus ke ni?

🧕🏻: Hah?? Habistu encik tak ada penumpang lain ke lepasni? Takpe ke?

👤: Takpe, kalau ada pun jauh ni saya tengok nak ambil waktu macam ni. Lebih baik saya hantar cik je sekali jalan. Isteri saya pun duduk Cheras.

🧕🏻: Nak bayar kat encik macam mana pulak??

👤: Cik tengok dalam Grab apps tu berapa bayaran nak ke lokasi, cik bayar kat saya ikut harga tu jela.

🧕🏻: Oh, bolehlah kalau macam tu. Encik tunggu sekejap ya, saya naik atas panggil kawan saya.

Maka, pemandu Grab tu pun pecut hantar kami ke surau tempat jenazah diuruskan. Saya dapat info jenazah akan dikebumikan selepas Asar. Kata pemandu tu lagi, “Sempat lagi insyaAllah sebab belum masuk waktu Asar ni”. Terus rasa positif, yakin dengan Allah.

📌 ALLAH MAHA BAIK

Sepanjang perjalanan, masyaAllah! Tak sesak pun, malahan rasa lancar dan cepat saja sampai. Serba-serbi sempat, ya Allah! Saya letak beg di satu sudut dalam surau, saya nampak kelibat ahli keluarga dari Ipoh duduk setempat tapi tak mampu fokus untuk perhatikan siapa gerangannya. Mama pun saya tak nampak di mana walaupun tahu dah sampai dulu.

Fokus saya lebih terarah ke jasad arwah Nenda. Saya terus menghampiri jenazah Nenda yang terbujur kaku siap dikafankan untuk tatap dan kucup kali terakhir. “Nenda, cucunda datang niii…” 🥺

Saya juga berkesempatan solat jenazah yang diimamkan oleh Ayah sendiri. Usai solat jenazah, semua ahli keluarga dan saudara-mara ikut ke tanah perkuburan untuk urusan pengebumian pula. Cuaca mendung kelabu tapi tak hujan. Semuanya berjalan lancar, alhamdulillah.

📌 PEREMPUAN FAVORIT, BESTIE TERBAIK

Selesai segala urusan, semua ahli keluarga balik berkumpul di rumah Nenda di Cheras. Ada tahlil pula di surau pada sebelah malam. Bestie saya turut serta dari surau, ke kubur, ke rumah Nenda, tahlil, sehinggalah pulang semula ke hotel. Dia tetap setia menemani, bahkan tak merungut sedikit pun. Bertuah saya dikelilingi sahabat baik yang sentiasa ada, ketika susah mahupun senang. Terima kasih, perempuan favorit! 😭

Demikianlah kisah Lemon8 Sparkling Day 2024 saya yang menjadi kenangan pahit dan manis. Alhamdulillah, Allah takdirkan saya bertemu dengan orang-orang yang baik sepanjang hari tersebut. Serba serbi sempat dan urusan pun berjalan lancar saja. Alhamdulillah, #Rezeki! Allah sayang…

Apapun yang kita lakukan, niat lillahita’ala seikhlasnya. Bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Yakin dengan Allah. Tak kira dalam keadaan apapun, insyaAllah Dia akan lorongkan jalan terbaik untuk kita tempuh dengan berlapang dada.

Terima kasih sudi baca sampai habis! 🤍

Al-Fatihah (dibaca)

#lemon8risingcreatormy #Lemon8Diary #lemon8sharing #ShareMyExperience #storytime #Religious