Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8
Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.
PHOTOS | |||
JPEG | Tải xuống | ||
JPEG | Tải xuống | ||
JPEG | Tải xuống |
Halluu halluuu, lovelies! I’m Fie. 🧚🏼♀️✨
Memelihara adab dalam menuntut ilmu amatlah penting demi menjamin keberkatannya. Apakah antara adab menuntut ilmu yang wajar dipraktikkan?
• Niat
Mulakan dengan kalam Allah dan niat lillahita’ala moga menjadi ibadah serta beroleh keberkataan, kejayaan.
• Bersedia
Sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental tanpa banyak alasan dalam proses menuntut ilmu. Hadir awal, peralatan lengkap, persiapan rapi, responsif, membantu.
• Fokus
Jangan berkhayal, berbual kosong dan melakukan pekerjaan lain semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung.
• Hormat
Menghormati seseorang pendidik yang mencurahkan ilmu meskipun beliau kelihatan masih muda dan kurang berpengalaman.
• Percakapan
Menjaga tutur kata, tidak bercakap kasar mahupun meninggikan suara. Biasakan memberi salam, ucapkan terima kasih dan maaf.
• Tingkah laku
Bersopan-santun dan tidak sesekali bersikap angkuh dan biadab terhadap pendidik.
• Riak wajah
Jangan mempamerkan riak wajah tidak puas hati seolah mengejek atau meluat terhadap pendidik yang menyampaikan ilmu.
• Jujur
Jangan ambil jalan mudah dengan cara menipu, meniru atau plagiat tugasan. Takkan berkat ilmu.
• Bersungguh
Berusaha bersungguh-sungguh, bertungkus-lumus dalam menyempurnakan setiap tugasan, pembentangan, peperiksaan serta apa jua berhubung pelajaran. Bukan sekadar bagai melepaskan batuk di tangga dan bersikap ‘asal boleh’.
• Hubungan baik
Memelihara hubungan baik dengan pendidik seperti rajin bertanya dan merujuk mereka jika menghadapi kesukaran dalam pelajaran.
• Sempadan
Mengekalkan batas antara pelajar dan pendidik agar tidak berlebihan dalam apa jua aspek.
Jika kesemua adab menuntut ilmu ini diamalkan, ilmu pasti berkat dan berkekalan dalam minda insyaAllah. Semoga bermanfaat dan selamat maju jaya!
#Lemon8Diary #lemon8student #learnonlemon8 #studytips #studentstips #studentlife #study #knowledge #education #advice