Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Dapat melihat hantu. Dapat mel | Galeri disiarkan oleh Fatin Zailam | Lemon8

Dapat melihat hantu. Dapat mel | Galeri disiarkan oleh Fatin Zailam | Lemon8

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Dapat melihat hantu. Dapat mel | Galeri disiarkan oleh Fatin Zailam | Lemon8 JPEG Download

Dapat melihat hantu.

Dapat melihat dunia orang2 mati.

Dapat lihat benda2 dan entiti2 yang menakutkan.

Dapat mengetahui tragedi buruk yang akan berlaku di masa depan (mcm movie Final Destination tu)

Itulah Indigo. Orang2 terpilih yang mempunyai deria keenam, yang boleh melihat semua di atas. Bagaimanakah hidup sebagai orang Indigo yang sentiasa dapat melihat hantu dan dapat tahu apa yang akan jadi sebelum ianya terjadi.

Indigo (2023)

Zora seorang pelukis, dilahirkan sebagai Indigo yang boleh melihat hantu dan orang2 yang dah mati. Sehinggalah satu hari, ketika dia masih kanak2, dia dihantui oleh hantu perempuan mengandung bernama Widuri yang ingin masuk ke dalam badannya. Dgn bantuan Sekar, deria keenam Zora ditutup atas permintaan ibu bapanya, supaya Zora dapat hidup dan membesar dgn tenang. Setelah kebolehan Zora lenyap, ingatannya tentang peristiwa itu juga turut lenyap.

Kini, setelah bergelar pelukis yang berjaya dan mempunyai galeri sendiri, sejarah silam kembali menghantui dirinya, kerana Ninda, adik perempuannya juga adalah Indigo. Dan kini, hantu yang dahulunya menghantui Zora, tiba2 muncul kembali mengganggu adiknya.

Sekar menceritakan semuanya kepada Zora dan asal usulnya, dan membuka semula deria keenam Zora, dalam usaha utk menyelamatkan adiknya.

Berjayakah Zora menyelamatkan adiknya dan mengawal kuasa yang ada pada diri mereka.

Indigo boleh ditonton di Netflix.

Fa juga nak suggest utk korang yang tengah cari wireless bluetooth earbud, boleh dapatkan Sprise A6S Earbud ni. Ada yang siap beli 2-3 set sekaligus tau! Review semuanya bagus2 belaka!

https://shope.ee/8KQ4DGBJRf