Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

🍽️ Menu lunch/dinner simple kat rumah!

🍽️ Menu lunch/dinner simple kat rumah!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
🍽️ Menu lunch/dinner simple kat rumah! JPEG Download

Hi korang, this is my first post here! Hehe.. since i suka masak and almost everyday i masak and snap a photo, so why not i share here kan 🥰

I suka makan home-cooked food especially lauk kampung. And yes! Selalunya akan ada ‘mix&match’ dia (sejenis ta reti makan satu lauk je 😂). So siapa yg sama mcm i, this can be an idea for you gais to cook for your next lunch/dinner maybe 👩🏻‍🍳 hope this helps!

1) Ayam goreng rangup

🥬Ingredients:

Ayam potong sup

Tepung bestari ‘spicy’

✍️How to do it:

- Perap ayam yang dah dibasuh dengan campuran tepung bestari dan sedikit air sekurangnya 15minit (lagi lama lagi sedap tau hehe, i nak cepat so perap sekejap je hehe 😝)

- Panaskan minyak masak

- Sediakan bekas kering dan masukkan tepung bestari (kering je tau sebab nak buat salut bagi dia rangup)

- Ambil ayam yang dah diperap tadi dan gaulkan dengan tepung kering tadi tau. (Psst! Teknik rahsia i nak ayam tu rangup macam ayam kepsi, gaul tu bagi rata pastu ramas tau ayam tu biar tepung dia berkerutu)

- Then boleh goreng ayam dalam minyak panas tadi sampai garing. Api agak2 tau jangan besar atau kecik sangat supaya ayam masak sekata, garing dan ta hangus. 😉

2) Sup Kosong style warung (tapi ta cukup bahan) ➡️ masih sedap tau! Hehe..

🥬Ingredients:

Air 2 cawan

Kaki ayam (optional) - i ta makan kaki ayam so i guna buat perasa sup nie 😝

Bawang putih 2 ulas (diketuk)

Serbuk pati ayam (2 sudu)

Serbuk lada sulah

Garam

Bawang goreng

✍️How to do it:

- Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bawang goreng, masak hingga mendidih.

- Dah mendidih masukkan bawang goreng dan tutup api

- SIAP! Simple je kan menu nie. Kalau ada daun sup lagi mantap 😋

3) Bendi ala ala Chicken Rice Shop tu

🥬Ingredients:

Bendi muda

Udang kering 1-2 sudu besar (rendam air & tumbuk)

Bawang putih 6 ulas (kisar kasar)

Chilli flakes 2 sudu besar

Sos tiram 2 sudu besar

Kicap manis 1 sudu besar

Sos ikan 1/2 sudu kecil

✍️How to do it:

- Basuh bersih bendi

- Didihkan air dan campur 1 sudu olive oil kemudian masukkan bendi dan rebus selama 1 minit sahaja tau

- Toskan bendi dan rendam dalam air sejuk/ais selama 10minit

- Kemudian tos bendi biar kering

- Tumis bawang putih hingga kekuningan

- Masukkan udang kering & kacau seketika

- Masukkan chilli flakes sambil kacau & terus masukkan sos tiram, kicap manis & sos ikan.

- Biarkan sambal masak sekejap, tutup api dan tabur atas bendi. Siap dihidang!

Do try it gais! Sedap & menyelerakan, kompem bertambah nasi ✨

#menumudah #menusimple #menukampung #laukkampung #masakansimple #masakanmudah #resepikampung #masakapaharini #masakwithlemon8 #menuharian