Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

6 Hantu Terkenal Ketika Zaman Kanak-Kanakku😅

6 Hantu Terkenal Ketika Zaman Kanak-Kanakku😅

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

PHOTOS
6 Hantu Terkenal Ketika Zaman Kanak-Kanakku😅 JPEG Tải xuống

#MalaysiaLife saya teringat zaman dulu masa budak-budak takut sangatlah jika terjumpa hantu-hantu ini! Sebab dulu mak dengan nenek selalu cerita pasal hantu ini! Untuk kami behave 😅

1) Hantu Kum Kum

— Hantu Kum Kum ataupun dikenali sebagai Hantu Purdah dikatakan muncul apabila seorang wanita mengamalkan ilmu untuk mencantikkan wajah.

— Namun akibat melanggar pantang iaitu tidak boleh melihat cermin semalam 10 hari ataupun sebulan, wajah wanita tersebut berubah menjadi buruk.

— Setelah Itu, wanita berkenaan telah diarahkan gurunya atau bomoh yang terbabit untuk menyapu mukanya dengan darah daripada perawan untuk kembali cantik seperti sediakala

— Ia dikatakan sangat menakutkan apabila mula mengetuk pintu rumah mangsa dan menyebut ‘kum-kum’ sambil mengenakan penutup muka.

— Jadi sangat lah takut bila waktu senja atau malam bunyi org bagi salam Kum-Kum 😂. Pengajaran kena bagi salam Penuh bukan bunyi “Kum”. Dikira hantu Kum-Kum!

2. Hantu Susu

—Ia difahamkan telah terjadi di sekitar Taiping apabila seorang ustazah sedang mengandung anak sulung. Ustazah tersebut diceritakan rajin mengaji pada setiap malam, namun malangnya dia mempunyai suami yang kaki judi.

—Lebih menyedihkan ustazah tersebut akhirnya dikatakan meninggal dunia bersama bayi yang dikandung semasa sedang hamil. Suami yang gila ingin mendapatkan nombor ekor telah menggali semula kubur isterinya dan membelah perut si isteri untuk mengeluarkan bayi mereka untuk dibuat pemujaan.

—Oleh sebab itulah dikatakan roh ustazah tersebut tidak aman dan kerap merayau-rayau bersama bayi dikendongan sambil meminta susu untuk diberikan kepada anaknya.

3. Hantu Lilin

—Semuanya bermula apabila sebuah keluarga dari Johor Bahru telah beriadah di Dataran Bandaraya untuk menikmati angin laut dan pemandangan. Mereka kemudian telah bergambar di hadapan air pancutan yang terletak di tepi menara jam sebelum pulang.

—Namun sebaik sahaja gambar yang diambil telah dicuci, mereka terperanjat apabila melihat imej hantu sedang memegang lilin dalam salah satu gambar tersebut. Berita ini tersebar meluas hingga mendapat perhatian media dan Mufti Johor juga dikatakan telah memberi komen mengenainya di rancangan televisyen keesokan hari.

—Disebabkan berita itu juga, anak-anak muda jarang melepak di Dataran Bandaraya dan merayau pada waktu malam. Walau bagaimanapun, lama kelamaan kisah tersebut berlalu dan tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak Hantu Lilin tersebut.

4. Hantu Air

—Hantu seperti ini dikatakan sering berkeliaran di kawasan berair dan berkemungkinan bakal melemaskan kanak-kanak yang berenang tanpa pengawasan orang tua selain mengakibatkan kekejangan.

—Pun begitu, hantu ini dipercayai digunakan untuk menakutkan budak-budak yang mandi tanpa diperhatikan ibu bapa supaya mereka tidak mandi sendirian. Hal ini kerana kanak-kanak boleh berhadapan dengan bahaya lemas atau terpijak duri, paku dan kaca dalam sungai atau laut.

5. Hantu Kopek

—Hantu ini dikatakan kononnya berupa seorang wanita yang tua dan suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain di luar rumah pada waktu Maghrib atau waktu malam.

—Dia dikatakan menyembunyikan mereka di bawah payudaranya. Emm pelik hantu macam ni! Difahamkan hantu ini hanya berada di kawasan perkampungan saja dan sering menyamar menjadi wanita cantik untuk menarik perhatian kanak-kanak lelaki.

—Ia dipercayai digunakan untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak keluar pada waktu senja yang dikatakan gelap dan amat berbahaya kerana haiwan buas mungkin memasuki kawasan perkampungan pada waktu itu.

6. Hantu Galah

—Hantu Galah digambarkan sebagai mempunyai bentuk tubuh manusia namun bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya menyapu awan. Ia sering ditemui jauh ke dalam hutan dan hanya kakinya saja dikatakan kelihatan.

—Kisah hantu ini direka-reka dengan niat untuk menakutkan kanak-kanak supaya tidak memanjat pokok pada waktu malam. Namun ada dalam kalangan masyarakat percayai hantu ini dapat dilihat jika seseorang percaya akan kewujudannya.

Jadi sampai sekarang saya masih guna watak hantu ini untuk takutkan anak saya pula. Contoh hantu Kum-Kum,Hantu Kopek, Hantu Air dan Hantu Galah ! Hehehe

Korang pernah dengar kisah hantu ini??

#AskLemon8 #Lemon8Forum #AnonymousStory #Lemon8Malaysia #Lemon8 #lemon8sharing #horror