Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞

Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞 JPEG Download
Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞 JPEG Download
Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞 JPEG Download
Betul ke Physical Sunscreen Lebih Bagus? 🌞 JPEG Download

Hai Lemon8 friends…

Pemakaian sunscreen sangat penting untuk elakkan korang ada jeragat ketika usia tua nanti. Fara mula pakai sunscreen waktu umur 20an tapi time tu tak ambil kisah pun pakai sunscreen jenis apa asalkan murah 😂

Korang tahu tak yang sunscreen ni ada dalam 2 bentuk yang berbeza iaitu physical dan chemical. Waktu usia Fara yang almost 40 ni, pilihan Fara untuk pakai sunscreen adalah yang jenis physical. Nak tahu kenapa? Sebab sunscreen jenis physical tak akan serap pada kulit berbanding chemical. Physical sunscreen hanya akan membentuk lapisan pada kulit kita dan memantulkan sinaran UV. Jadi, ia lebih selamat untuk yang ada kulit sensitif, jerawat dan paling penting untuk ibu mengandung. Fara memilih sunscreen ni kerana Fara pun sedang TTC.

Kalau korang nak kenal pasti sunscreen tu jenis physical atau chemical, tengok pada bahan aktifnya.

Kandungan aktif untuk physical sunscreen ialah titanium dioxide dan zinc oxide manakala untuk chemical sunscreen mengandungi oxybenzone, homosalate, octinoxate, dan avobenzone. Kebanyakan bahan aktif ni yang boleh timbulkan iritasi dan reaksi alergi pada kulit yang sensitif. Jadi, sebelum korang nak pakai sunscreen, kenal pasti jenis kulit korang dulu.

Korang pulak pakai sunscreen apa? Jomlah share dengan Fara 😁

#AtMyAge #ShoppingHaul #WatsonsTopPicks #AskLemon8 #Lemon8Malaysia #Lemon8SkinTest

#BeautyTips