Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

RESEPI SAYUR CAMPUR

RESEPI SAYUR CAMPUR

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download
RESEPI SAYUR CAMPUR JPEG Download

Hi korang!

Dekat rumah I everytime lunch wajib ada sayur tau kalau takde tu macam kurang je rasa. Tapi sayur yang selalu kitorang buat ni semuanya simple simple dan sayur campur ni antara menu yang selalu buat. I am sure korang pun kalau pegi restaurant akan order this kan so jom kita belajar buat sama sama!

Bahan-bahan:

1. Brokoli

2. Carrot

3. Batang Sayur

4. Sawi

5. Kobis Panjang

6. Ayam

7. Fishball

8. Tepung jagung

9. Sos tiram

10. Garam

11. Bawang Putih

12. Perencah Sayur

13. Lada Putih

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga keperangan dan naik bau.

2. Masukkan ayam dan tunggu sehingga masak.

3. Tuangkan sedikit air.

4. Masukkan carrot dan fishball.

5. Kemudian masukkan batang sayur.

6. Tambah satu sudu teh garam dan perencah sayur.

7. Tuangkan dua sudu besar sos tiram.

8. Bancuhkan satu sudu besar tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuali supaya kuah lebih pekat.

9. Masukkan sayur sawi, kobis panjang dan brokoli.

10. Tambah lada putih secukup rasa.

Tips untuk menyediakan sayur campur ni ialah masukkan sayur yang keras seperti carrot dahulu dan sayur yang lembut di akhir. Selepas masukkan sawi, kobis panjang dan brokoli tu biarkan selama lebih kurang dua minit dan terus tutup api supaya sayur tidak layu. Selamat mencuba!

#CookwithLemon8 #Eatwithlemon8 #resepisimplefarah #resepisimplefarahrose