Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Komik Paling Best I Baca Tahun Ni!

Komik Paling Best I Baca Tahun Ni!

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Komik Paling Best I Baca Tahun Ni! JPEG Download
Komik Paling Best I Baca Tahun Ni! JPEG Download
Komik Paling Best I Baca Tahun Ni! JPEG Download

Hello everyone! ๐Ÿ‹โœจ

Hari ni I nak share my review tentang satu komik lokal yang I baru habis baca. Komik ni best gilaaa ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Simuraq: Kebangkitan Nurani Pertama. Saya tak menjangkakan yang saya akan jadi too invested dengan komik ni. Mula baca dan tak boleh berhenti. Saya baca komik ni terus. Tak berganjak ke mana-mana.

Simuraq mengisahkan kisah 7 pemuda yang dipilih sebagai pewaris keris agung yang bernama Simuraq. Untuk buku pertama ni, ia lebih tertumpu kepada watak Zam yang berumur 17 tahun. Zam dapat anugerah dan dipilih sebagai pewaris keris diraja Simuraq setelah kematian ibu dan ayahnya. Dan hanya pewaris sahaja yang boleh nampak nurani manusia. Maksud Nurani di sini merupakan satu cahaya di dada manusia berbentuk diamond dan disifatkan sebagai hati manusia yang di dalamnya ada iman, akhlak dan lain-lain. Nak tahu lebih lanjut, sila baca komik ni! ๐Ÿ˜ฌ

Saya amat sukakan jalan cerita komik ni. Engaging, sangat mudah diikuti dan pace-nya sangat laju. Dimulakan dengan babak di Halab, Syria 4 tahun selepas kejadian kebangkitan nurani pertama di mana pewaris-pewaris keris diraja Simuraq sedang bertempur dengan satu makhluk durjana yang bernama Sang Atamatu.

Tak perlu tunggu terlalu lama untuk dapatkan babak aksi. Setiap watak yang diperkenalkan memainkan peranan masing-masing dalam memeriahkan lagi jalan cerita. Saya juga kagum dengan nilai akhlak yang ditonjolkan untuk komik ni di mana penulis menerapkan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama Islam. Dan juga segala nasihat Tok Puteh pun saya ingat dan ambil pengajaran untuk diri sendiri. Ada quote yang diucapkan oleh Tok Puteh yang saya ingat dan boleh recite by heart. Cewahhh. Ianya berbunyi, "๐“š๐“ฎ๐“ด๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ผ๐“ช๐“ท ๐“ฌ๐“พ๐“ถ๐“ช ๐“ฑ๐“ช๐“ญ๐“ฒ๐“ป ๐“ด๐“ฎ๐“ฝ๐“ฒ๐“ด๐“ช ๐“ผ๐“ฎ๐“ถ๐“น๐“พ๐“ป๐“ท๐“ช๐“ท๐”‚๐“ช ๐“ผ๐“ช๐“ซ๐“ช๐“ป ๐“ช๐“ฝ๐“ช๐“พ๐“น๐“พ๐“ท ๐“ด๐“ฎ๐“ฝ๐“ฒ๐“ด๐“ช ๐“ช๐“ฐ๐“ช๐“ถ๐“ช ๐“ด๐“ฒ๐“ฝ๐“ช ๐“ญ๐“ฒ๐“ฌ๐“ช๐“ซ๐“ช๐“ป."

Lukisan dan pilihan warna yang menarik, memang kena dengan tema cerita. Saya sukakan bila dah masuk dimensi lain iaitu dimensi yang dipanggil Yushwa" Field yang mana gerakan masa terhenti dalam celahan bingkai-bingkai masa pada realiti luar. Dah terus saya teringat akan cerita Dr Strange.

Ada juga unsur lawak yang buat saya ketawa semasa membaca sebab boleh rasa lawak tu spontan dan santai je. Ada juga quote lain yang saya nak mention iaitu, "๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“ต๐“ฒ๐“ท๐“ญ๐“พ๐“ท๐“ฐ ๐“ญ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ช๐“ท ๐“ท๐“ช๐“ถ๐“ช ๐“๐“ต๐“ต๐“ช๐“ฑ ๐“ช๐“ญ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ฑ ๐“ณ๐“ช๐“พ๐“ฑ ๐“ต๐“ฎ๐“ซ๐“ฒ๐“ฑ ๐“ผ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“ญ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“น๐“ช๐“ญ๐“ช ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป๐“พ๐“ผ ๐“ถ๐“ฎ๐“ป๐“ช๐“ผ๐“ช๐“ด๐“ช๐“ท ๐“ญ๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ถ๐“พ ๐“ช๐“ถ๐“ช๐“ฝ ๐“ฑ๐“ฎ๐“ซ๐“ช๐“ฝ."

Pengakhiran buku satu agak memuaskan. Sesuai dibaca untuk semua golongan umur. Terima kasih Komik-M kerana sudi menghantar komik ni kepada saya dan terima kasih penulis-penulis kerana berkomgsi cerita dan imaginasi anda buat semua pembaca. Tak sabar nak baca buku 2.

#bookrecommendation #BookReview #booklover #booktalk #bookaddict #booklemon8 #komik #reading