Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Jom Masak! Ayam Masak Kurma Paling Simple 🤤

Jom Masak! Ayam Masak Kurma Paling Simple 🤤

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Jom Masak! Ayam Masak Kurma Paling Simple 🤤 JPEG 下载
Jom Masak! Ayam Masak Kurma Paling Simple 🤤 JPEG 下载
Jom Masak! Ayam Masak Kurma Paling Simple 🤤 JPEG 下载

Hello everyone, 🍋✨

Jom masak lauk Kurma Ayam, anak-anak mesti suka sebab hidangan ni tak pedas dan sedap rasa berlemak santan tu. Makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap sangat!

Kebiasaannya, lauk kurma ayam ini hidangan yang paling sesuai kalau dimakan dengan nasi berperisa. Seperti nasi tomato, atau nasi minyak. Ada yang suka makan dengan ayam masak merah dan ada juga yang suka makan dengan masakan kurma seperti ini.

Selain ayam, masakan kurma ni biasa juga dibuat dengan daging atau telur. Kalau pandai buat, lauk kurma ni memang boleh jadi marvellous dan favourite! Cicah dengan roti pun sedap tau.

Jom baca cara penyediaan di bawah.

Bahan-bahan :-

1 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

1 inci halia*

Rempah 3 sekawan

Serbuk kurma

1 kotak santan

1 biji tomato

Cara penyediaan :-

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang bertanda (*) yang telah di blend serta rempah 3 sekawan. Tumis sampai naik bau. Bila bahan tumisan dah berbau wangi, masukkan serbuk kurma. Kacau sebati, biarkan masak sampai pecah minyak.

Bila dah pecah minyak, boleh masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Kita nak bahan tadi meresap masuk ke dalam ayam, so biarkan dulu ayam masak dalam 5 minit. Setelah itu, boleh masukkan santan dan air secukupnya.

Waktu ni, kalau nak letak kentang pun boleh. Selalunya ayam akan masak sempurna dan kentang akan empuk dalam masa 15-20 minit. Lepas kentang dah empuk, boleh perasakan dengan garam. Bila rasa semua dah sebati, last sekali letak tomato. Actually, I lupa nak masukkan pes asam jawa sikit tadi. Tapi, takpelah kira halal lah ya 😂 Korang jangan lupa letak tau lepas bahan tumisan tadi pecah minyak. Baru lah rasanya lagi kick masam-masam gitu.

Okay tu sahaja untuk recipe kali ini. Jumpa lagi di next recipe. Jangan lupa save tau untuk rujukan korang nanti 😘

Selamat mencuba 🫶🏻

#ayammasakkurma #cookingwithlemon8 #cooking #cookingideas #cookingrecipe #cookforyou #homecook #homecooking