Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Tips untuk Work Smart

Tips untuk Work Smart

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Tips untuk Work Smart JPEG Download
Tips untuk Work Smart JPEG Download
Tips untuk Work Smart JPEG Download

Hello everyone! 🍋✨

Adakah kita selalu terfikir macam mana nak lakukan kerja dengan lebih bijak untuk dapatkan kualiti yang bagus. Saya tak tahu cara korang macam mana. Tapi hari ni saya nak share tips yang membantu saya untuk work smart disamping dapat menjimatkan masa.

1. Bangun awal walaupun tak suka - Mungkin ada sesetengah dari kita yang tak suka bangun awal. Macam saya. Especially hari cuti atau weekends. Tapi percayalah kalau bangun awal, banyak kerja rumah dapat diselesaikan dan dapat berehat awal.

2. Senaraikan tugas atau kerja yang nak dibuat - Tak kisahlah anda seorang yang bekerja atau suri rumah atau bekerja dari rumah, senarai kerja perlu dibuat supaya dapat menjimatkan masa.

3. Jangan tunggu motivasi tu datang. Diri sendiri yang kena ada motivasi - Saya selalu rasa lack of motivation untuk buat sesuatu perkara. Tapi bagi saya itu hanyalah alasan. Sebenarnya saya malas. Sekarang masih cuba buang sikap malas. Dan alhamdulillah motivasi itu selalu ada jika buang sikap malas tu.

4. Tutup semua notifikasi di telefon - Saya cepat leka jika ada notifikasi masuk. Kadangkala sewaktu baca buku, bila notikasi masuk, akan check lepas tu lupa dah nak buat apa. Kalau boleh tutup semua notifikasi sewaktu melakukan kerja-kerja seharian.

5. Berhenti dari buat lebih kerja dalam satu masa - Inilah yang diistilahkan sebagai MULTITASKING. Walaupun saya rasa bagus in multitasking, sebenarnya cara ni tak elok jika ingin mencapai sesuatu kerja yang berkualiti. Kalau boleh buat kerja satu persatu dalam satu masa. Ianya juga dapat menjimatkan masa kerana fokus yang ada.

Selamat mencuba. 🫶🏼

#worksmart #lemon8sharing #tipslemon8 #lemon8tips #workinglife #com #worktips