Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

NOVEL BERSIRI : PART 1

NOVEL BERSIRI : PART 1

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
NOVEL BERSIRI : PART 1 JPEG Télécharger

Aku mengambil sebuah buku tebal yang langsung tidak cantik kulitnya. Kelihatan usang dan berhabuk, entah berapa lama aku tidak membuka buku itu. kira kira beberapa tahun , sudah lama benar aku tidak membaca. Buku yang pernah aku baca berulang ulang kali suatu masa dulu "Kasih diTaman Dosarabella" Sebuah kisah fixi yang memceritakan kehidupan sepasang kekasih didalam hutan yang begitu indah. Pada suatu masa dahulu, aku pernah punya impian,ingin hidup begitu. Seperti kisah itu. Tetapi , itu adalah sebuah khayalan dan dongeng , kisah yang tidak nyata. Namun, ketika itu aku masih awal belasan tahun dan menyangka akan ada sebuah kisah kebahagiaan yang akan membahagiakan. Hakikat hidup selalunya mengecewakan.

Seusang buku itu kini, begitulah perasaanku. Hatiku sudah beku dan bukan lagi hancur dan lesu. malah, aku hampir tidak punya perasaan lagi dan tidakahu punya impian lagi. Bukan kerana putus asa, tetapi keadaan yang memaksa, andai suatu masa aku diberi pekuang berbahagia, aku yakin itu bukan lagi dunia, tetapi syurga.

aku mengambil tisu basah dan mengelus buku yang sudah lama tidak kubuka. Andai dibuka, ia seperti menyiat hati dan perasaan sendiri, namun aku sudah bersedia untuk melukainya. aku sudah bersedia untuk merasa sedih kerana kadangkala kesedihan akan membuatkan kita lega.

Buku dihadapanku bukan sebuah novel, malah ia adalah diari hatiku. aku yang menulisnya sendiri dengan tangan ketika masih remaja. Dan aku masih ingat ketika aku menulis perjalanan hidup impianku, aku menulis dengan emosi yang begitu sampai, hingga setiap gambaran jelas di pandangan mindaku. Aku menulis dnegan penuh cinta, aku menulis dengan hati dan perasaan.Lembaran pertama yang aku buka sahaja bisa meluluhkan hati dan perasaanku.

pada diri aku aktu begini, ketika dalam kebingungan dan ketidakpastian, mengapa aku menempuh jalan begini? kerana buku itu langsung tiada kisah yang membawa penderitaan. Aku yang sudah dewasa memandang betapa mentahnya aku menulis ketika masih anak remaja. Namun, jauh disudut hatiku, alu masih mengimpikan kebahagiaan begitu. kerana itu apa yang terpendam jauh disudut hatiku.

to be continued...

#RealitiSuriRumah

#Susahnya

#AskLemon8#WeeklyChallenge

#novel