Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos

Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos JPEG Download
Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos JPEG Download
Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos JPEG Download
Streetwear 3 ways • Plus Size Ootd Inspos JPEG Download

Hey loves! Harini Sarah nak kongsi 3 gaya streetwear yang sesuai untuk plus size gayakan. First of all, streetwear atau dikenali dengan gaya jalanan dalam bahasa melayu ialah bermaksud gaya kasual yang dikenali makin hebat dari tahun 1990. Pakaian yang selesa seperti tshirt, jeans, sneakers dan baju yang oversaiz sering dikaitkan dengan gaya jalanan ini.

So here’s the description of the look. Swipe to see the pics! ❤️

Look 1:

Memakai baju tshirt oversaiz yang mempunyai design “striking” dan padankan dengan pallazo bootcut, tudung shawl berwarna hitam dipinkan ke belakang. Lengkapkan gaya jalanan anda dengan memakai kasut but dan kaca mata di atas kepala sebagai aksesori. Gaya ini walaupun sangat selesa, ia juga in trend.

Look 2:

Gaya paling mudah untuk ikut, memakai sweatshirt oversaiz berwarna gelap dan seluar oversaiz yang selesa bermaterialkan linen atau cotton yang cerah. Dua kombinasi “effortless” tetapi tetap menarik perhatian. Seperti biasa, Sarah suka melengkapkan pakaian dengan memakai kasut but tinggi.

Look 3:

Memakai inner baju bewarna putih, memadankan dengan cardigan labuh dan tudung berwarna cerah. Gaya ini, sedikit extra kerana Sarah memakai skirt “mesh” dan memakai tali pinggang berantai untuk tampak lebih menarik dan “rare.” Sarah juga padankan dengan memakai subang besar untuk lengkapkan gaya ini.

3 look yang mudah untuk ditiru: Memakai pakaian oversaiz, dan memakai aksesori ekstra seperti “sunnies” dan subang untuk melengkapkan gaya anda. Pastikan apa yang kamu pakai selesa untuk diri sendiri ya. InshaAllah confidence itu akan wujud sendiri.

Untuk referens anda—

Tinggi: 158cm

Berat: 95kg

Jumpa lagi!

Loves, Sarah Aziz

#GayaLemon8 #gayawithlemon8 #hijabfashion #plussizefashion #ootdoutfit #tips #fashion