Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri

Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri JPEG Télécharger
Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri JPEG Télécharger
Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri JPEG Télécharger
Pro & Cons cuci baju di dobi layan diri JPEG Télécharger

Hello y'all!

Siapa suka cuci baju kat dobi layan diri?? Dib akan cuci pakaian kat dobi bila nak cuci dalam kuantiti yang banyak atau bila nak cuci cadar dan set comforter. Bila musim hujan pula sebab nak keringkan terus. Jom check kebaikan dan keburukan cuci baju di dobi layan diri:

KEBAIKAN:

♦️Dapat Sabun Percuma - Kebanyakkan dobi layan diri menyediakan sabun percuma. Setting di mesin pun telah dikhas kan untuk setiap cucian. Oleh itu memang tiada masalah terlebih atau terkurang sabun.

♦️Senang digunakan - Cara pengunaan mesin mudah difahami dan semua button tidak memeningkan kepala.

♦️ Jimat elektrik - Bila kita cuci baju di dobi boleh lah kurangkan kos elektrik dirumah.

♦️ Jimat masa - Selepas baju siap dicuci kita boleh terus keringkan mengunakan mesin pengering. Balik rumah boleh terus lipat. So jimat masa kita. Bila musim hujan lah paling mudah sebab tak perlu risau baju lambat kering.

♦️ Jimat duit - Bila kedai dobi telah menyediakan sabun so kita tak perlu membeli sabun. Jimat disitu.

♦️ Me time - Sambil tunggu baju dicuci dan dikering kan siap kita boleh buat activiti lain seperti membeli brg dapur, minum coffee di cafe atau cari barang keperluan.

KEBURUKKAN:

♦️ Keselamatan diri- dari segi ini kena lebih berhati-hati. Jangan pergi ke kedai dobi yang tiada orang. Lebih baik cari kawasan kedai dobi yang berdekatan dengan kedai makan atau pasaraya yang sentiasa ada orang ramai.

♦️ Kehilangan pakaian- digalakkan menunggu bagi mengelakkan pakaian hilang akibat dicuri. Terdapat banyak kes kehilangan pakaian berlaku di dobi layan diri dilaporkan.

Kesimpulannya, samada basuh sendiri di rumah atau membasuh di dobi layan diri bergantung kepada beberapa aspek. Antaranya, berapa ramai isirumah, bajet, keperluan dan masa. Jika belum berkeluarga dan baru memulakan kerjaya, kehidupan lebih aktif dan sibuk maka membasuh di dobi layan diri adalah pilihan terbaik. Tetapi bagi yang sudah berkeluarga dan bilangan isirumah yang ramai membasuh dengan mesin basuh sendiri adalah lebih jimat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Save, Like and Follow Dibalicious for more!

#lemon8malaysia #lemon8tips #lemon8sharing #lemon8hometips #homedecormalaysia #homedecortips #lemon8review #tipsrumah #tipslemon8 #tipsandtrick