Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN

TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载
TIPS DAPAT RUMAH SEWA DIIDAMKAN JPEG 下载

Hello y'all!

Siapa pernah duduk rumah sewa?? Pening kan nak cari yang betul-betul menepati kriteria dan hrga mampu bayar. hihi. Ok hari ni dib nak share experience dib duduk menyewa masa baru start keje kat Kuala Lumpur dulu. Now Alhamdulilah dah ada rumah sendiri lepas balik hometown for good. Berikut adalah antara tips yang perlu difikirkan untuk dapat rumah sewa yang diidamkan.

🔶 Kawasan Sewa Yang Sesuai:

Kawasan rumah sewa merupakan faktor utama. Kawasan tersebut mestilah dekat dengan tempat kerja dan kemudahan awam yang lain seperti stesen LRT, kedai runcit, klinik, pasaraya & sebagainya bagi memudahkan urusan seharian kita. Ini bagi memudahkan kita tidak perlu bersesak dalam trafik setiap hari terutamanya di bandar besar seperti KL. Dib pilih kawasan rumah yang tidak jauh dengan office dan mengunakan kemudahan LRT sebab nak elakkan jem sana sini. Jimat masa jimat tenaga.

🔶 Tentukan Sewaan Bilik atau Satu Rumah:

Bila nak mula menyewa rumah atau bilik, perlu memilih untuk sewa berseorangan atau sewa bersama rakan serumah. Jika rumah yang disewa mempunyai beberapa bilik, selalunya tuan rumah akan menyewakan bilik tersebut kepada penyewa lain. So adalah penting cari rakan serumah yang sekepala dengan kita. Dib sewa satu bilik sorang. Rumah sewa tu ada 3 bilik so total hanya 3 org. Better jangan ramai-ramai sebab lagi banyak kerenah dan perangai. hihi

🔶 Pastikan Kawasan Rumah Yang Selamat

Di sesetengah kawasan perumahan, kebanyakannya sudah mempunyai pos pengawal. Kita akan rasa lebih selamat jika pihak pengurusan rumah turut melengkapi dengan akses kad. Jadi, orang awam tidak boleh masuk sesuka hati. Tapi kita masih perlu berhati-hati juga sebab sekarang dah banyak kes pecah rumah walaupun ada guard.

🔶 Bajet Bayaran Sewa Setiap Bulan

Ini sangat penting. Lagi-lagi duduk area town dengan sewa rumah sangat tinggi. Oleh itu kena make sure bajet sewaan bulanan mestilah tidak membebankan. Masa dib duduk menyewa harga satu rumah RM900/month (tahun 2008). Jika boleh mendapatkan rumah sewa dengan kadar terendah yang menjimatkan kos itu lebih baik.

🔶 Pilih Rumah Dengan Kelengkapan Sesuai Dengan Bajet:

Penyewa boleh memilih jenis kelengkapan rumah sebelum mula menyewa. Tuan rumah akan memberitahu sama ada rumah telah lengkap dengan perabot, hanya sebahagian perabot atau tanpa perabot. Jika anda mementingkan perabot untuk memudahkan urusan harian, selalunya harga sewaan sedikit tinggi.

Begitulah sebaliknya jika anda pindah rumah kosong tanpa perabot. Harga sewaan adalah jauh lebih murah dan menjimatkan, tapi perlu membeli perabot sendiri. Rumah dib sewa dulu hanya sebahagian perabot tuan rumah sediakan so jimat tak perlu beli mana yang sudah ada.

🔶 Lawat Rumah Dan Baca Perjanjian Sewa:

Perlu untuk kita melihat dahulu keadaan rumah sebelum menyewa. Ini untuk memastikan keadaan rumah dalam keadaan baik atau tidak kerana keselesaan amat penting. Buat bayaran selepas setuju dengan perjanjian dan sign.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Save, Like and Follow Dibalicious for more!

#lemon8malaysia #lemon8tips #lemon8sharing #lemon8hometips #homedecormalaysia #homedecortips #lemon8review #inspirasirumah #tipsrumah #WeeklyInspo