Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8
Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.
PHOTOS | |||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger | ||
JPEG | Télécharger |
1. niat kerana Allah.
nawaitu ialah perkara yang penting sebelum melakukan sesuatu ibadah.
2. bersuci dan bersih
Allah sangat suka akan kebersihan dan kebersihan juga adalah separuh daripada iman. salah satu cara kita bersuci ialah dengan mengambil wudhu’ sebelum membaca Al-Quran.
3. menghadap kiblat
“Sebaik-baik majlis adalah yang menghadap kiblat.” (Al-Tabari meriwayatkan dalam Tahzib al-Athar (1/235))
4. meninggikan kedudukan Al-Quran
tidak manis dan sangat tidak beradab apabila kita meletakkan al-Quran lagi rendah daripada tempat duduk kita seakan-akan tiada beza antara kitab Allah dan juga buku lain. kerana ketinggian dan kemuliannya, dan ianya bukan sekadar sebuah kitab biasa, kedudukannya juga mestilah diambil berat.
5. membaca taawuz
hukum membaca taawuz ialah sunat, untuk memberikan perlindungan daripada syaitan yang tugasnya mengganggu dan mengalihkan tumpuan daripada ibadah kita.
6. membaca dengan tajwid dan tartil
tajwid bermaksud memberikan atau meletakkan setiap satu huruf apa yang patut baginya (haknya) dari segi sifat-sifat huruf seperti menyatakan atau menyembunyikan. manakala tartil ialah meraikan tempat keluarnya huruf dan menjaga tempat berhentinya.
7. menghayati isi Al-Quran
kita dituntut untuk menghayati isi al-Quran serta mentadabburnya. Ibnu Kathir mendefinisikan tadabbur sebagai memahami makna lafaz-lafaz serta berfikir tentang ayatnya yang merangkumi isyarat peringatan, nasihat sehingga terkesan pada hati seterusnya mengambil iktibar dan mematuhi arahan-Nya.