Tải Video Lemon8

Cách dễ nhất để tải video Lemon8 và tải ảnh từ ứng dụng Lemon8

TIPS MANCING SPESIS SNAKEHEAD

TIPS MANCING SPESIS SNAKEHEAD

Máy tính: Nhấp chuột phải và chọn "Save link as..." để tải xuống.

VIDEO
MP4 Original Video Tải xuống
PHOTOS
TIPS MANCING SPESIS SNAKEHEAD JPEG Tải xuống

6 TIPS MEMANCING IKAN HARUAN

Memancing ikan haruan boleh dikategorikan sebagai game mudah 'easy game'. Bagi yang baru terjebak dalam dunia pancingan, ikan haruan adalah spesis yang mudah untuk diburu. Bagi caster baru pula, spesis ini akan menjadi salah satu latihan yang bagus untuk membiasakan diri dengan teknik kasting. Walaupun perlawanan dengan ikan haruan tidaklah terlalu mencabar seperti spesis snakehead lain seperti toman namun beberapa tips perlu anda ketahui untuk memburu spesis kepala ular ini.

Petua Memancing Ikan Haruan.

Walaupun anda baru dengan teknik kasting percayalah bahawa memburu ikan haruan adalah sangat mudah asalkan lubuk yang diterjah tersebut memang ada ikan haruan. Memburu ikan haruan tidak secerewet memancing spesis ikan lain. Antara yang perlu dititik beratkan semasa ingin memancing ikan haruan adalah.

Mengenal Pasti Lubuk Ikan Haruan.

Ikan haruan lazimnya mudah didapati di mana-mana parit terutamanya berdekatan dengan sawah padi dan juga di kebun kelapa sawit. Kebiasanya lokasi seperti ini memang menjadi tumpuan mudah kaki kasting. Buat karauan 4-5 kali pada sesuatu tempat pada dan jika anda pasti ada ikan disitu buat karauan pada tempo yang berlainan bagi memujuk ikan haruan menyambar umpan anda.

Ikan haruan juga gemar berada pada sesuatu spot seperti di sebalik dahan pokok yang tumbang, atau dibawah rimbunan pokok yang mempunyai samai dibawahnya.

Pemilihan Umpan Memburu Haruan

Katak adalah sinonim dalam pemburuan ikan haruan. Ini kerana, katak adalah makanan kegemaran haruan selain daripada anak ikan. Namun jika anda tidak menyukai katak atau tidak mengemari menggunakan umpan hidup anda boleh mengunakan alternatif lain yang banyak berada dipasaran sekarang seperti 'jump frog', katak getah (soft frog), soft plastic, spoon, dan gewang yang mempunyai warna seperti anak ikan.

Lain tempat lain ragamnya. Seperti spesis ikan lain, adakalanya ikan haruan juga memilih. Ada tempat yang mana umpan tiruan lansung tidak diendahkan oleh ikan haruan.

Namun secara amnya ikan haruan tidak memilih umpan. Ini kerana haruan gemar menyambar apa-apa sahaja yang melalui kawasanya. Dengan sedikit pergerakan sahaja ikan haruan sudah mula menimbulkan minat. Pengalaman admin sendiri pernah kasting hanya mengunakan umpan plastik sampah ditambah dengan mata kail satu mata.

Mata Kail Ikan Haruan

Pada perkenalan admin dengan memancing ikan haruan, admin lebih banyak menggunakan mata sampan dan katak. Namun sekarang pelbagai pilihan boleh digunakan seperti penggunaan mata satu kosong di tambah dengan anti sangkut, mata dua, double up hook yang digunakan pada jump frog dan sebagainya.

Pilihan saiz mata kail adalah penting bergantung kepada saiz ikan haruan yang terdapat pada sesuatu lubuk. Jika anda sedang memburu spesis badau (ikan haruan berskala 2 kilo keatas) dinasihatkan gunakan lah mata kail bersaiz sedikit besar, tajam dan kukuh bagi menguatkan cengkaman apabila haruan melawan semasa aksi menaikan ikan.

Tempo kasting ikan haruan

Kepada pemancing baru adalah dinasihatkan untuk belajar dan melihat orang lama memancing. Walaupun ikan haruan mudah dipancing tetapi adakalnya untuk memujuk ia menyambar umpan memerlukan beberapa teknik asas yang perlu diketahui.

Terdapat 3 pengayaan umpan iaitu:

1. Pengayaan umpan permukaan.

2. Pengayaan umpan separa tengelam.

3. pengayaan umpan dasar.

Cara Sembatan/Rentapan Apabila Ikan Menyambar Umpan

Untuk mendapatkan hook up yang kemas, buat sentapan ke arah atas bukan ke arah kiri atau kanan. Namun sekiranya ikan haruan terus melarikan umpan buat sentapan melawan arah larian ikan. Sentiasa pastikan tali dalam keadaan tegang semasa proses menaikan ikan. Ini kerana haruan mudah meleraikan mata kail apabila tali kendur.

Tempoh Masa Membuat Sentapan.

Sekiranya anda mengunakan katak, biarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat selepas haruan menyambar umpan. Kemudian barulah membuat sentapan.

Jika anda mengunakan jump frog anda boleh terus membuat sentapan kerana mata kail pada jump frog mudah membuat hook yang kemas. Berbeza dengan penggunaan soft frog (katak getah), ia lebih kepada ber ekperiment. Tetapi anda boleh mengunakan teknik membiarkan dahulu dalam kiraan 2-3 saat dan anda boleh terus menyentap.

Walaupun ikan haruan bersaiz kecil namun ia cukup membuatkan anda rasa teruja untuk terus memburunya sekiranya kena pada set anda. Apapun jangan memandang rendah pada kemampuan ikan haruan. Jika si badau yang menyambar cukup seberat 2kg pun anda boleh dikecewakan nanti.

#JomKongsiIlmuMemancing #mancing #casting #tips Kluang