Téléchargeur vidéo Lemon8

Le moyen le plus simple de télécharger des vidéos et des galeries à partir de l'application Lemon8

Single atau 🤔???

Single atau 🤔???

Bureau : cliquez avec le bouton droit de la souris et sélectionnez "Enregistrer le lien sous..." pour télécharger.

PHOTOS
Single atau 🤔??? JPEG Télécharger
Single atau 🤔??? JPEG Télécharger
Single atau 🤔??? JPEG Télécharger
Single atau 🤔??? JPEG Télécharger

Hi sahabat lemon8 semua 🤗...

Today mengarang panjang dari biasa🤭🫶

Selamat membaca🫶

Pada geng single atau yang dah kawen tapi masih belum ada rezeki anak, kadang2 tanpa sedar kita mudah terguris dengan soalan2 yang ditanya oleh datuk, nenek, ibu saudara, nenek saudara, ipar2, dan kenalan rapat. Itu boleh menjadi satu soalan yang sensetif terutamanya bagi mereka yang sudah melepasi usia 30an.

Ada yang mungkin terguris hati bila ditanyakan tentang perkahwinan, apatah lagi mereka yang pernah kecundang dalam perkahwinan sebelumnya.

Yang sebenarnya, pertanyaan yang diajukan saudara mara itu lebih kepada bersifat 'PEMBUKA BICARA' bagi memulakan sesuatu perbualan.

Korang kena tahu, bukan semua saudara mara kita yang mengikut korang dilaman sosial terutamanya golongan yang sudah berusia.

Bila dah berkumpul di musim lebaran ni, akan ada yang bertanya perkembangan terbaharu sambil bergurau senda dengan soalan2 nakal yang tiada maksud tersembunyi.

Jadi korang jangan la bersikap biadab dengan beri balasan jawapan yang mengguris hati apatah lagi kepada orang yang lebih tua.

4 cara jawab soalan usikan:

--------------------

1. TETAPKAN HAD:

Bila ada yang tanya soalan yang sensetif, cara terbaik untuk menjawab adalah jawab dengan serius tapi dalam nada sopan, supaya kita tidak kelihatan kurang ajar dan tidak menghormati orang tua. Korang juga boleh hadkan jawapan supaya tiada soalan susulan yang mungkin membuatkan kesabaran korang menipis.

2. JAWAPAN YANG TIDAK JELAS(SAMAR2):

Untuk korang yang dalam fasa pertunangan atau dalam proses merancang mendirikan 'masjid', selalunya akan ada soalan2 yang berkaitan seperti "Tunang dah lama, bila nak nikah?", "Takkan nak buat majlis kecik2 je,kawen ni sekali je, duit boleh cari".

Namun ini bukan bererti korang boleh bersikap biadab sekiranya tidak senang dengan pertanyaan tersebut.

Selalunya soalan seperti mengarahkan tentang date nikah, tema perkahwinan dan lain2. Sekiranya belum ada jawapan anggap sahaja itu hanya cadangan, mana tau berguna??

3. BALAS DENGAN AYAT2 GURAUAN:

Membalas dengan gurauan adalah salah satu cara melepaskan diri dari terjerat dengan soalan Cepu cemas berkaitan dengan jodoh atau perkahwinan ni.

Cara ni jugak boleh membuatkan penyoal akan lupa dengan soalan yang ditanya dan berubah ke topik lain.

4. BALAS DENGAN SOALAN PERIBADI:

Sekiranya semua diatas sudah dilakukan tapi masih terjerat dalam perbualan, cuba balas kembali soalan yang berifat peribadi kepada si penyoal.

Ini akan membuatkan mereka fokus untuk menjawab soalan korang.

Kesimpulannya, walaupon soalan2 yang ditanya itu perkara sensetif, cubalah untuk menjawab dengan nada lembut dan tidak biadab terutamanya yang bertanya itu golongan yang lebih tua. Anggap sahaja mereka ingin berborak setelah sekian lama korang di perantauan dan di hari lebaran ini mungkin mereka ingin berborak menanyakan keadan korang.

So single pon nikmat yang Allah swt berikan, nikah tapi belum ada zuriat pon nikmat yang Allah swt berikan, marilah bersyukur dan banyakkan berdoa supaya diberi keberkhatan dan kebahagian dalam kehidupan yang sementara ini..

@Lemon8_MY

#Lemon8Ramadan

#RamadanQnA

#AskLemon8

#AkuJeKe

#BeReal

#raya2024

#tips