Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Kena buli/ejek kerana nama penuh

Kena buli/ejek kerana nama penuh

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Kena buli/ejek kerana nama penuh JPEG Download
Kena buli/ejek kerana nama penuh JPEG Download

Hye, saya rasa saya belum pernah posting gambar saya di Lemon8 dan ni kali pertama 😊

Kali ni saya nak share 1 pengalaman saya waktu sekolah. Saya yakin ramai yang pernah dibuli atau diejek sebab nama penuh. Cerita saya ni agak panjang ya, so kalau kamu rajin bolehlah baca😊

Dulu waktu sekolah saya selalu dibuli dan diejek oleh kawan-kawan dan ada juga beberapa guru. Disebabkan nama saya yg panjang (shalinlivianelyana) dan adanya shalin saya sering dibuli dan diejek tidak kira la waktu belajar ke waktu rehat ke. Ini yang dorang selalu buat dengan saya 👇

1. Waktu belajar cikgu dengan sengaja akan sebut perkataan (SALIN) kuat" then kawan" yg lain akan ketawa and cakap [Oii Shalin SALIN tu di papan tulis].

2. Kawan" akan suruh saya buat itu ini dan kadang buat perkara yg tidak baik seperti MENCURI 😭 dorang ugut akan buat saya lebih malu lagi kalau tak ikut apa yg dorang suruh.

3. Dorang ejek nama saya dengan menyebut seperti ini [shalin menyalin nama bapanya Ja****] dan setiap hari begitu 😭 dorang sebut macam tu sebab dorang cakap buruk tak boleh dibaca.

Benda ni mungkin bagi orang lain biasa" saja tapi bagi saya yg pernah melalui tidak biasa dan disebabkan orang" yg bersikap begini saya setiap hari akan marah mama saya dan bertanya [kenapa kamu kasih nama saya begini? Saya benci betul nama saya]

Tapi kebencihan jadi suka bila ada seorang insan berkata begini [27 tahun saya mengajar ni pertama kali saya jumpa nama yg unik] lalu dia menyebut nama saya dengan betul. Bila dengar dia sebut nama saya dengan betul saya hampir menangis sebab sepanjang saya membesar dan sampai sekarang orang tidak dapat menyebut nama saya dengan betul, sekiranya dapat itu setelah banyak kali mencoba. Sedangkan keluarga saya sendiri tidak dapat menyebut nama saya dengan betul apa lgi orang lain. Hanya mommy saya dapat sebut dengan betul❤️

Dari cerita saya ni kita dapat belajar bahawa hanya sedikit kata" dari orang kita boleh berubah 😊 macam saya, saya hanya mahu ada seseorang yg akan cakap nama saya bukan buruk tapi UNIK ❤️

#SchoolDays #Susahnya #ViralKini #schoollife