Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

EGG CABBAGE SPRING ROLL

EGG CABBAGE SPRING ROLL

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

VIDEO
MP4 Original Video 下载
PHOTOS
EGG CABBAGE SPRING ROLL JPEG 下载

Assalamualaikum, hi semua~

Hari ni lyin mahu share resepi diet mudah dan sihat iaitu telur kubis spring roll, resepi ni rendah kalori so sesuai di makan sewaktu tengah diet~

Bahan-bahan

1 biji telur

90g Kubis

30g lobak

10g Daun bawang

2 ulas Bawang putih

1/2 sdt Garam

1/2 sdt Lada hitam

1 sdb Sos tiram

1 sdt Serbuk cili

Udang (direbus)

3 keping vietnam rice paper

Cara-cara membuatnya

1- panaskan sedikit minyak, masukkan bawang putih, daun bawang, telur dan gaulkan sampai menjadi scramble egg

2- masukkan kubis, lobak, air, garam, lada hitam, sos tiram, serbuk cili dan gaulkan sampai sebati

3- sebelum balut kena celupkan dulu rice paper dalam air dan letakkan dalam pinggan

4- letakkan udang, inti yang telah dimasak atas rice paper dan gulungkan menjadi segi empat tepat dan siap untuk dihidang

Spring roll ni memang sedap and senang untuk disediakan and korang boleh juga makan dengan sos kesukaan korang so selamat mencuba ❤️

#cookingwithlemon8 #resepidiet #lowcaloriemeal #rendahkalori #RacunLemon8 #lemon8review #whatieataday #resepimudah #menurunkanberatbadan #resepidietseminggu