Lemon8 Video-Downloader

Der einfachste Weg, Videos und Galerien von der Lemon8-App herunterzuladen

KETUPAT SERUNDING MANIS

KETUPAT SERUNDING MANIS

Desktop: Klicken Sie mit der rechten Maustaste und wählen Sie zum Herunterladen "Link speichern unter...".

PHOTOS
KETUPAT SERUNDING MANIS JPEG Herunterladen

RAYA DAH NAK DEKAT!!!

Ketupat Serunding Manis

BAHAN-BAHAN:

1kg beras pulut

½ kg santan

Daun palas

Kacang mata hitam / kacang ketupat/serunding

Gula

Garam

CARA MEMASAK:

Cuci bersih beras pulut dan rendamkannya selama 2 jam. Kemudian, toskan dan kukuskannya.

Sediakan santan bersama secubit garam dan gaulkan sebati santan tersebut.

Selepas pulut masak, letakkan ke dalam bekas yang besar atau besen dan kacau terus atau arong pulut tersebut.

Masukkan santan tadi sebanyak 1 ½ cawan.

Kacau atau arong pulut tersebut ketika masih panas.

Masukkan gula sebanyak 1 cawan. Kacau atau arong pulut sehingga gula cair.

Setelah itu, masukkan kacang yang telah direbus asing ke dalam pulut dan kacau.

Masukkan semula pulut ke dalam kukusan untuk dikukus kali ketiga.

Untuk tahu sama ada pulut itu telah masak atau sedia diangkat daripada kukusan, wap akan naik di kukusan tersebut.selepas pulut dikukus untuk kali ketiga dan telah pun masak, masukkan pulut tadi ke dalam besen atau bekas besar untuk dikacau atau arong selama 15 minit.

Dah siap, bolehlah dibungkus dengan daun palas.

Masukkan ditengah Semasa membalut.

Setelah selesai bungkus semua ketupat tadi, boleh direbus dengan memasukkan air sebanyak 2 cawan sahaja. Jika dah kering air rebusannya, maka ketupat tersebut telah pun masak.