Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

MY FIRST CAR✨

MY FIRST CAR✨

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
MY FIRST CAR✨ JPEG Скачать
MY FIRST CAR✨ JPEG Скачать

Hi lemonade 🍋,

Hari ni nak share pengalaman beli kereta pertama saya pada tahun lepas 2023. Masa saya tu saya masih lagi bawa kereta lama mama iaitu kereta Viva dan usia kereta tu dah lama so selalu sangat rosak. Masa tu Bell baru je kerja lepas graduate dari uni. Masuk tahun ke 2 kerja kereta Viva tu dah mula meragam, macam-macam ada rosak sampailah satu hari tu bell terpaksa keluar duit hampir seribu ringgit kurang dari 2 bulan. Masa tu dah lah simpan duit untuk tunang dan kahwin😭

Akhirnya, Bell amik juga kereta walaupun masa tu memang duit tak mengizinkan disebabkan plan kahwin tahun hadapan. Jadi, Bell berurusan dengan dealer kereta dari melaka En. Mokhtar dari Bunga Raya Auto, orang yang sama mama pernah deal untuk beli kereta dulu. Siapa sangka dalam sebulan loan lulus dan kereta boleh amik lepas tu.

Semua urusan beli kereta semua Bell buat sendiri tanpa bantuan siapa-siapa pun. Rasa bangga sangat bila boleh buat sendiri walaupun masa tu hati goyah untuk teruskan.

Tapi kenapa Saga?

Sebab….:

1) Nak beli Bezza tapi waiting list 8 bulan padahal Bell perlukan dengan cepat

2) Saga sesuai untuk long distance journey jadi memandang tempat kerja Bella amik masa sejam untuk ke tempat kerja jadi Saga lah pilihan Bella dan kampung jauh di Trggnu

3) Saga antara kereta yang Belle mampu untuk beli masa tu. Apa apa pun ingat IKUT KEMAMPUAN SENDIRI

4) Akan jadi kereta keluarga selepas kahwin 🫶🏻

Tapi……semua kena tahu satu benda. Saga ni makan minyak tau😭 tapi jalan jauh okay je tapi tak lah sejimat Perodua ya.

#firstcar #Lemon8Forum #MalaysiaLife #AboutMe #sagapremium #BudgetingLife