Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰

Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰ JPEG Download
Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰ JPEG Download
Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰ JPEG Download
Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰ JPEG Download
Cara Makan Sihat Di Kedai Mamak πŸ˜‰ JPEG Download

Nak makan sedap tapi sihat di kedai mamak? Boleh! πŸ˜‹ Berikut adalah beberapa pilihan makanan yang lebih sihat yang boleh anda cuba:

1️⃣ Pilihan Makanan yang Lebih Sihat πŸ‘

πŸ‘‰ Tosai: Rendah lemak (sekitar 2-4g) dan kalori (sekitar 100-150 kalori) per hidangan.

πŸ‘‰ Chapati: Lemak (sekitar 5-6g) dan kalori (sekitar 120-150 kalori) per hidangan.

πŸ‘‰ Naan biasa: Lemak (sekitar 5-7g) dan kalori (sekitar 150-200 kalori) per hidangan.

πŸ’πŸ»β€β™€οΈ Saya biasanya akan tambah sumber protein seperti telur atau ayam tandoori untuk seimbangkan hidangan and tambah kenyang. πŸ˜‹

2️⃣ Nasi Kandar Rendah Kalori πŸ‘

πŸ‘‰ Pilih ayam kurma/kari/tandoori tanpa kuah. Boleh juga ambil ikan ya. 🐟 Saya elakkan yang bergoreng.

πŸ‘‰ Tambah sayur pilihan anda πŸ₯— (elakkan yang goreng).

πŸ‘‰ Nasi separuh sahaja. 🍚

πŸ‘‰ Minta kuah campur asing (janji tak banjir πŸ˜†). Boleh la ambil 2-3 sudu kuah atas nasi.

3️⃣ Kurangkan ❌

πŸ‘‰ Mee/Maggi/Kuey Teow Goreng, Nasi Goreng, dan Roti Canai. Makanan ini tinggi karbohidrat, lemak, dan kalori. Bolehlah makan seminggu sekali. 😌

4️⃣ Pilih Minuman yang Kurang Manis πŸ‘

βœ… Pilihan yang baik: Ais kosong, Teh ais, Teh O Limau Ais, Limau Ais

❌ Elakkan yang manis: Milo ais, Sirap ais/bandung, Teh tarik

πŸ’πŸ»β€β™€οΈ Ingat, minuman juga boleh mempengaruhi diet anda. Minuman manis boleh menyumbang kepada pengambilan gula dan kalori yang tinggi. Kita kan dah cukup manis, suruh anne mamak kurang manis pls. πŸ˜”

πŸ’‘ Kita semua boleh buat pilihan lebih sihat walaupun makan di luar, seperti di kedai mamak. Makanan sihat tak semestinya mahal atau mewah, yang penting adalah amalan moderasi.

πŸ’‘ Saya amalkan peraturan 80-20: 80% makanan sihat, 20% makanan kurang sihat. πŸ€ͺ

πŸ’‘ Makan sihat bukan sahaja membantu mencegah penyakit, ia juga memberikan tenaga dan membantu kita kekal muda. πŸ’ͺ Ingat, anda adalah apa yang anda makan!

#dietuntukweightloss #dietmeal #CaraAkuBerubah #AskLemon8 #CheapButGood #BudgetingLife #mamakfood #healthylifestyle #weightlosstips #MalaysiaLife