Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

Apa sebab kita takut dengan mereka?!🕶

Apa sebab kita takut dengan mereka?!🕶

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
Apa sebab kita takut dengan mereka?!🕶 JPEG 下载

CERITA TENTANG TABLIGH

Orang Tabligh,

Lari!!Larii!

Orang Tabligh datang,

Yg tadi ramai, sekelip mata je dah hilang,

Yg tadi segar bugar terus tido terlentang,

Yg sakit kaki pun boleh terjun tingkap

lari lintang pukang,

Heh…betul la kata orang,

Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,

Ajak keluar dakwah,

bukannya nanti tak pulang,

Yg baru dapat gaji pun kata xde duit nak bayar hutang,

Yg tadi sihat pun tiba-tiba migrain plak datang,

Yg menganggur pun terus buat-buat sibuk bukan kepalang,

Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,

Cuba buat, mmg nak kena sabar, nak kena tenang, Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org datang.

Orang Tabligh,

Pergi lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,

Jumpe sumer orang tak pilih bulu,

Dari bangsawan sampai le kutu,

Sume nak ditemu,

Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,

Jalan bawak periuk belanga,

Hanya di pandang org takat sebelah mata,

Dituduh jahil, tinggal dunia..

tu semua perkara biasa,selalu dah kena,

Walaupun kekadang pedih gak telinga,

Tapi Nabi dan Sahabat dulu pun kan selalu kena,

Dituduh dusta, dipanggil gila,

Itu Nabi, apatah lagi kita,

Yg banyak salah, yg banyak dosa,

Takpe2…Allah kan ada..Hanya mengadu pada Nya..

Orang Tabligh,

Ada je yang buat silap…adat la manusia,

Kan tengah nak belajar-belajar tiru sahabat R. Anhum yg dah terbukti berjaya,

Terpancung, terlaser…sorrylah bukannya sengaja, Nak dapat hikmah dlm berdakwah memang amik masa, Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya..

Orang Tabligh,

Ada kat mana2, Kat US, Afrika, kat Palestin pun ada,

Dari petani, engineer, sampai la Raja,

Pelbagai adat, perangai beza-beza,

Kulit hitam putih Tapi boleh makan dalam dulang yg sama,

Bila keluar, jemaah semua dilayan serupa,

Bila nak berpisah..huuu…keluar pulak air mata.

Orang Tabligh,

Nak hidupkan sunnah Nabi,

Janggut, jubah,seluar kain atas buku lali,

Kalau nak di ikutkan, mmg ader banyak lagi nak luahkan,

Kekadang tu kena perli,

“Kita sekarang kan di zaman IT” “Tak main la Sunnah2 nih!”

Jangan la macam tu bang, kita kan nanti mati,

Kang menyesal esok, sapa yg rugi?

Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,

Manusia biasa, ada hati,

Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,

Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,

Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah,

bergurau dengan bini,

ajak anak main lari-lari,

Tak pun layan game sampai pagi,

Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,

Kena korban lagi dan lagi,

Yela…hidup ni kan cuma sekali,

Kalau sekarang tak buat persiapan di dunia ni,

bila lagi?

Orang Tabligh,

Malam-malam nangis Doa hidayat,

Untuk diri , keluarga dan Umat,

Fikir risau, camne nak selamatkan umat,

Supaya di akhirat esok sama-sama selamat,

ingat hidayat senang2 je boleh dapat,

Tak perlu susah2, tak perlu keringat,

Dan tak mau pulak jumpe masyarakat,

Just bz hanya fokus pada ibadat tanpa hiraukan umat ,

Kalau camtu takde la kita ni Allah sebut “The Best of Ummat”.

Orang Tabligh,

“Apsal la ulama India yg jadik ikutan??

Orang ramai tak tahu ulama India tu ialah keturunan Saidina Abu Bakar RA yg hijrah zaman kerajaan Islam Moghul dan mula hidupkan Dakwah di sana,

kan Nabi dulu dah pesan,

Sape saja yg bawak kebenaran,

Tak kisah la orang Arab ke bukan,

Semua kena bagi sokongan,

Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman..

Aqidah sahih Ahli Sunnah Wal Jamaah..

Mazhab pula ikutlah yg Ulama Negara kita punya..tak perlu nak kena ikut org India .kita tetap mazhab Syafie... tabligh ni usaha dakwah nak ajak org pada Allah ..mazhab pegang yg sendiri punya..

Orang Tabligh,

Bila ajak keluar 3 hari,

“I can’t go..sorry!”

Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,

Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,

Berderai2 air mata keluar mcm air pili,

“Kalau abg nak gi jugak, hantar saya balik kampung esok pagi!!”

“Heh, org lelaki memang lemah bab air mata nih,

Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi..

Yg tadi Josh (bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,

Kes2 camni memang banyak terjadi,

Boleh tengok dgn mata kepala sendiri,

Tapi kalau bab dunia (kursus naik pangkat), “No prob…anytime kami ready!”

“Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri-seri,

Hey, of course la, nanti husband I dapat naik gaji,

Wife mana la yang tak happy,

Heh..ni la realiti,

Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,

Bab akhirat, nape buat tak kesah, tak amik peduli,

Ya Allah selamatkan lah kami yang Jahil ni!

Orang Tabligh,

Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,

Atau nak berlagak mcm dah ‘teror’,

Tak jugak nak kafirkan sape2,

Tak juga di ajar rendahkan siapa-siapa,

Bahkan di ajar muliakan semua umat yg ada Kalimah,

Tak juga di ajar sibuk2 pergi mintak derma rumah ke rumah,

Orang tabligh bergerak Cuma nak amalkan Agama yg sempurna,

Dgn korbankan sendiri punya diri, duit dan masa, Nak selamatkan manusia kesemuanya,

Dari neraka dan murka Allah,

Nak supaya Allah Redha dan masukkan kita dlm syurgaNya..

Orang Tabligh,

Seluruh dunia…

naik kapalterbang…pakai selipar jepun sahaje…

Ikhlas, No Sponsor….No Subsidy…..

Tapi passport penuh cop many countries..

Ade yang kerja tukang kebun sahaja…

Nak tanya, “Nafkah batin?”

Bahagilah masa sebaiknya...

Kan setiap perkara ada hak...

Sempurna kan semua hak...

Sebab semua akan d Tnya bukan nafkah batin sahaja...

Balik dari keluar dakwah, terasa macam pengantin baru malam pertama…

Rasa rindu macam balik dari fardhu haji……..

Sayangkan bini…ditingal-tinggalkan….

Sayangkan anak…rotan digantungkan……

Snnah nabi…bukan untuk mendera…

Cuma speed limit sahaja…

Kenapa sibuk dakwah orang…

Keluarga, anak isteri belum betul lagi..

Nabi Nuh A.S., anak isteri tak mau ikut…

Kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,

Tak naik bahteralah jadiknye…

Abu Jahal, Abu Talib bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..

Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut…

Tak buat dakwahlah Nabi….

Tak sampailah Islam ke Malaysia ni…

Kita dakwah lah semua..

Dalam masa dakwah keluarga, Dakwah juga orang luar..itu yg Nabi Saw ajar .. keduanya Dakwah sekali ..

Orang Tabligh,

Selekeh la….tak de ilmu la…,compang camping la…berbaulah..Itu mungkin segelintir dan cerita lama agaknya.kadang tu dia mmg dari gelandangan yg sedang nk ubah attitude..

You can’t blame the teachers.

You have to blame the distortions and ignorance of their followers.

“Balighuanni walau ayah…” (Sampaikan walau satu ayat)

Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah…

If he waits tunggu complete ilmu,

He will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.jadi sambil kita berdakwah,kita tambahlah ilmu lazimi majlis-majlis ilmu...bukan tunggu ilmu sempurna baru nak berdakwah..mmg sampai matilah tak dakwah sebab ilmu Allah Maha Luas tak kan pernah habis..

Global politic & economy with no borders & chauvinism,

Malaysian, New Yorkers & Palestinians

Duduk makan satu talam in Jemaah…..

Rakan2 yang Aku sayangi…

Belajar-belajarlah buat usaha Dakwah ini….

Supaya kita dapat Berusaha untuk Belajar Islah Diri…

Bermati-matian lah kita buat Usaha ini…

Supaya kita dapat buat Usaha ni sampai Mati…

Ya Allah terimalah kami semua menjadi asbab Hidayat dan manfaat kebaikan untuk seluruh umat..amin

#BerbezaItuNormal #TakSangka #AskLemon8