Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Sotong Goreng Tepung Krup Krap

Sotong Goreng Tepung Krup Krap

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Sotong Goreng Tepung Krup Krap JPEG Download
Sotong Goreng Tepung Krup Krap JPEG Download
Sotong Goreng Tepung Krup Krap JPEG Download

Hai lemon8 dearies ✨

Hari ni as per request, Wawa akan share resepi Sotong Goreng Tepung Krup Krap. Macam yang kita semua tahu, ada 3 cabaran untuk buat menu ni. Pertama, tepung salut tak lekat. Kedua, sotong meletup time digoreng & ketiga sotong liat bila dah siap goreng 😅 So, jom cuba cara ni 👇

Bahan untuk lembutkan sotong:

🐙400g sotong

🧂1 sudu kecil garam

🥄1 sudu kecil baking powder

Cara untuk lembutkan sotong:

-siang sotong, kemudian potong membulat & buang gigi sotong.

-gaul dengan garam & baking powder, gaul sebati.

-perap sotong dalam peti ais.

Bahan untuk perapan sotong:

🥚1 biji telur putih

🌶️1/2 sudu besar serbuk cili

🧂1 sudu kecil serbuk lada putih

🥄1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

🧂1/2 sudu besar serbuk perasa

🥄1 sudu besar sos tiram

🧂1/2 sudu kecil garam

🥣5 sudu besar tepung gandum

🥣5 sudu besar tepung jagung

💧sedikit air

Cara untuk perapan sotong:

-pecahkan telur & ambil putih telur sahaja.

-bilas sotong dengan air & toskan (lap sikit supaya cepat kering).

-masukkan putih telur, serbuk cili, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, serbuk perasa, sos tiram & garam, kemudian gaul sekata.

-masukkan tepung gandum & tepung jagung sedikit demi sedikit.

-tuang air & gaul hingga sebati (agak-agak sederhana cair).

Bahan untuk tepung salut:

🥣1 cawan tepung jagung

🥣1 cawan tepung gandum

🌶️1/2 sudu besar serbuk cili (lebihkan jika suka pedas)

🧂1 sudu besar serbuk perasa

🥄1 sudu kecil garam halus

🥄1 sudu kecil baking powder

🥣1 sudu besar tepung beras

Cara untuk tepung salutan:

-dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk cili, serbuk perasa, garam, baking powder & tepung beras. Kacau sekata.

-salut sotong hingga tepung bersalut sekata.

🥘Cara menggoreng:

1) Panaskan minyak & goreng sehingga keperangan.

2) Kacau sedikit sehingga tepung garing & keperangan.

3) Angkat & toskan sotong. Sedia dihidangkan 💁‍♀️

Wawa ada 2 tips untuk korang tau ✌️😄

🌀Minyak kena banyak sehingga sotong tenggelam, takut tepung salutan tertanggal dari sotong kalau guna minyak sikit.

🌀Goreng jangan terlalu lama, takut sotong jadi liat.

Ok, that's all for today.

Selamat mencuba, bye guys 👋👋👋

#Lemon8Diary

#WeeklyInspo

#WeekendActivity

#sotongceluptepung

#Recipe

#Lemon8Tips

#lemon8risingcreatormy