Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“

Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ JPEG Download
Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ JPEG Download
Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ JPEG Download
Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ JPEG Download
Cara Student Jimat Duit Di Universiti ๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ JPEG Download

Hello Deko Lovers ๐Ÿค—

Cara-Cara Dan Tips Mudah Dan Berkesan Untuk Pelajar Menyimpan Duit Dan Berjimat Di Universiti:

1. Duit Minyak/Tambang

Untuk sesiapa yang belajar di KL, gunakan pengangkutan awam yang ada dengan sebaik mungkin. Jangan asyik nak naik Grab/Uber je sebab mudah, guna apabila perlu sahaja ataupun semasa promosi (sekarang ada promosi!). Yang selalu menggunakan perkhidmatan bas dan LRT, anda boleh memohon kad RapidKL yang akan memberi potongan harga kepada anda sebagai seorang pelajar. Anda juga boleh menggunakan laman web RapidKL yang mempunya fungsi โ€œPlan Your Journeyโ€ untuk mengetahui nombor bas dan LRT ataupun jika anda perlu berjalan kaki.

2. Duit Buku/Nota

Buku teks yang diperlukan bagi setiap semester memang agak mahal, apa lagi jika anda perlu membeli buku teks yang diimport. Untuk mengurangkan perbelanjaan buku setiap semester, cari senior yang ingin menjual buku mereka.

Selalunya, ianya lebih murah jika anda membeli daripada senior berbanding dengan membeli buku baru. Selain itu, anda juga boleh untuk fotostat buku yang diperlukan . Dengan kaedah ini, anda boleh menggurangkan perbelanjaan buku anda. Anda juga boleh menjual semula buku anda kepada junior anda. Jika anda memang tak nak menggeluarkan satu sen pun, anda boleh meminjam buku teks dari perpustakaan!

3. Duit Makan

Kalau nak cakap pasal duit makan ni, memang banyak tips yang boleh dikongsikan sebab duit makan ni akan mengambil lebih kurang 50% jumlah perbelanjaan bulanan anda. Mesti selalu dengar orang akan ingatkan anda untuk tidak menggunakan lebih daripada RM10 sehari jika nak berjimatkan? Tapi macamana? Ha, ni dia tips untuk menggunakan RM10 atau kurang.

Beli makanan dalam kampus! Janganlah nak cakap makanan dalam kampus tak sedap, bosanlah makanan yang sama je. Jika anda nak berjimat, makanan di kampus anda selalunya lebih murah berbandingย makanan di luar.

4. Kerja Part Time

Jika anda ingin mendapatkan duit lebih, anda boleh mendapatkan kerja sambilan dalam kampus seperti di kedai printing ataupun gerai makanan. Jika anda berani untuk mengambil risiko, anda boleh cuba untuk membuka bisnes online seperti menjual pakaian, kasut dan makeup. Anda juga perlu memanfaatkan telefon pintar anda dengan bijak, gunakan platform seperti Twitter dan Facebook untuk mencari kerja sambilan semasa hujung minggu ataupun mencari survery yang berbayar. Dengan kerja sambilan seperti ini, anda boleh mendapat RM80-100 sehari.

Selamat Mencuba ๐Ÿ˜‰

I hope this tips/video are helpful & useful for you guys. Jangan lupa follow for more tips ๐Ÿ’–

#RacunLemon8 #RayaLemon8 #berayawithlemon8 #decowithlemon8 #decorumahmalaysia #homedecormalaysia #hometourmalaysia #hometips #ayraahome #Lemon8Malaysia