Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

My Very First Journey towards Rasullullah✨

My Very First Journey towards Rasullullah✨

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
My Very First Journey towards Rasullullah✨ JPEG Download
My Very First Journey towards Rasullullah✨ JPEG Download
My Very First Journey towards Rasullullah✨ JPEG Download

Assalamualaikum and hye to all Lemon8 peeps. Bila tengok about #rezeki and #unexpected ni I terdetik nak share about my experience during my ziarah Raudhah, Madinah. I’ll try to make it short ok.

Firstly, me, kakak and mummy kena bersesak, lari lari and tolak tolak dengan semua jemaah perempuan yang ramai and pelbagai size ni, scary. Mak i pegang tangan dua orang anak ni sebab takut terlepas.Time lari tu ada yang jatuh sebab gate dia memang sempit and tiba tiba time lari tu polis dia letak like penghadang betul betul kat belakang I. Means I orang last. Alhamdulillah dipercepatkan urusan I masuk. After that memang kena tunggu lama.

Nak masuk Raudhah ni kita kena daftar and pilih masa dalam apps Nusuk tau. Time beratur nak tunjuk apps kat petugas dia sumpah I nervous and takut sebab waktu I actually pukul 10pm tau tapi I try nak masuk pukul 7pm time tu after solat isyak waktu sana sekali dengan kakak and mummy. Time tunjuk tu i tutup part masa dengan my thumb asalkan nampak yang i dah book jela. Tapi dia tarik jari i and tengok masa. I sumpah tkut sebab ada orang orang depan I kena tarik keluar sebab diorang datang bukan masa yang dah dibook. Tapi surprisingly, the beautiful niqabis tengok I jap and then dia tolak i slow2 pegi depan and said “Malaysia, masuk”. I BOLEH PROCEEDDDDDD, alhamdulillah. Another achievement Allah tolong.

So tunggu jap then boleh start masuk pintu masjid nak masuk raudhah. Tiba tiba mak i tarik i dengan kakak lari. MAK I LARIIII. Mak i cakap “kita nak solat paling dekat dengan nabi kita ni” so kami lari, sambil lari sambil gelak sebab macam kelakar hahahah. And guess what? Alhamdulillah lagi Allah bagi, kami dapat saf paling depan. Time tu dapat pegang kain tu takleh nak cakap apa dah, air mata je keluar sebab boleh sedekat itu dengan Rasulullah. Dalam nangis tu terus solat sunat.

Alhamdulillah, #rezeki Allah bagi peluang kat hamba dia yang banyak dosa ni tapi nak berjumpa Rasulullah. Terima kasih ya Allah. Sungguh #unexpected that journey towards Rasulullah.

I’m missing all the things there right now as currently people ramai pergi umrah and ziarah during this school break. I nak pergi lagi tapi belum ada rezeki. Semoga kita dijemput Allah untuk datang ke tanah suci. Always rindu🤍

#WeeklyChallenge #WeeklyChallenge #Rezeki #Unexpected #Lemon8Diary #Lemon8Malaysia