Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BERDOSA KE TAK SEKOLAH AGAMA??

BERDOSA KE TAK SEKOLAH AGAMA??

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BERDOSA KE TAK SEKOLAH AGAMA?? JPEG Download

STIGMA TAK HANTAR ANAK SEKOLAH AGAMA

"Kenapa tak hantar anak sekolah agama??"

"Anak pandai solat ke?"

"Macam mana dia belajar agama?"

"Dia pandai baca jawi tak?"

Siapa dekat sini pernah terpalit dengan stigma tak hantar anak sekolah agama?

Hari ini asyaa nak kongsi pengalaman asyaa sebagai seorang yang tidak pernah daftar sekolah agama dulu. Tiada yang ingin dibanggakan untuk tidak pernah merasa pengalaman belajar di sekolah agama, tetapi pernah menjadi tohmahan masyarakat sekeliling kerana dianggap "berdosa" untuk tidak ke sekolah agama.

Tidak kurang juga ada yang pernah memperlekehkan pengetahuan ilmu agama asyaa hanya disebabkan tidak pernah ke sekolah agama. Kesilapan kecil atau biasa yang dilakukan oleh seketul asyaa ketika kecil dahulu selalu dikaitkan dengan asbab tidak menghantar ke sekolah agama.

Tidak pernah ke sekolah agama, tidak membawa maksud tiada penerimaan ilmu agama daripada sumber lain. Mama dan abah asyaa tetap menerapkan ilmu agama sendiri dan menerapkan nilai-nilai murni di rumah.

Apa pendapat semua?

#BerbezaItuNormal

#McmneEh

#SchoolDays

#AskLemon8

#WeeklyChallenge