Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Syed Zafran scammer? 😱

Syed Zafran scammer? 😱

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Syed Zafran scammer? 😱 JPEG Download

Beware of @Syed Zafran as he is a #scammer that using stolen pictures of Paul John Collantes from Philippines.

Sila Berhati-hati dengan Penipuan di Media Sosial: Sebuah Kisah #BENAR Untuk Menjadi Peringatan Buat semua

Kini dengan kecanggihan dunia media sosial, ada ancaman yang semakin meningkat yang tanpa kita sedari - kemunculan penyangak atau penipu yang mensasarkan individu2 tidak mengira peringkat umur, jantina, pangkat atau sebagainya. Kisah benar ini dikongsikan agar setiap kelompok masyarakat untuk sentiasa berwaspada di dunia maya.

Semuanya bermula dengan pesanan ringkas dan ramah dari seseorang yang asing di media sosial. Mereka mendapatkan kepercayaan dengan #emosi dan #cinta dan kemudian secara tidak sedar mengubah perhubungan maya itu ke arah pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang besar. Pada mulanya penipu akan mengatakan bahawa dia tidak dapat mengakses tautan dari luar negeri, lalu memanfaatkan empati dari Anda sebagai seorang yg dipercayai malah istimewa di hati dia.

Setelah mendapat kepercayaan, penipu memujuk Anda untuk melakukan pelaburan. Seiring berjalannya waktu, mereka mendorong untuk deposit lebih banyak, menjanjikan keuntungan yang lebih tinggi. Secara sedar atau tidak, anda akan terpedaya dengan kata-kata manis penipu dan melaburkan segala wang simpanan anda ke pelaburan palsu itu. Pada akhirnya, keuntungan tersebut ternyata palsu, dan mereka bermain dengan emosi mangsa yang kononnya pelaburan mereka juga tertipu. Mereka akan terus memujuk mangsa menambah pelaburan dan sesada upaya mendapatkan wang dari magsa. sehingga magsa tersedar sendiri semua penipuan dan cinta itu juga palsu.

Untuk melindungi diri, berhati-hatilah secara online. Jangan bagikan informasi peribadi atau lakukan transaksi kewangan tanpa mengesahkan kewujudannya. Jika pelaburan terlalu bagus untuk menjadi kenyataan, kemungkinan besar memang begitu. Tetaplah waspada dan terinformasi untuk mengungkap penipuan dan melindungi satu sama lain.

Yes, @Syed Zafran adalah #scammer !! Identitinya palsu dan gambar2 yang digunakan adalah milik Paul dari Philippines 🇵🇭.

Dia dan kumpulannya active mencari mangsa di social media dan dating apps. Hati2 semua.

#LoveDump

#fakeprofile

#scammer

#lovescam

#fakeinvestment