Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Hari Pertama di Bumi Sarawak, Save dulu

Hari Pertama di Bumi Sarawak, Save dulu

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

VIDEO
MP4 Original Video Download
PHOTOS
Hari Pertama di Bumi Sarawak, Save dulu JPEG Download

1 Minit di Sarawak! (Part 1) @tourismmalaysiasarawak

Dengan ini Ammar menyeru korang semua ikut turut serta untuk explore Negeri Sarawak. Banyak sangat tempat menarik yang anda semua mampu kunjungi sesuai untuk setiap peringkat umur dan minat. Ini termasuk pada kepelbagaian makanan, budaya, sejarah, alam semulajadi dan banyak lagi.

📍The Kantin, Kuching

The Kantin at The Granary Restaurant yang dahulu nya gudang bijirin kini menjadi cafe hipster yang terkenal di Bandar Kuching. Cafe yang menyatukan makanan, seni dan budaya. Cafe yang menawarkan makanan sajian Sarawak Moden dan merupakan lokasi OOTD terbaik juga!

📍Borneo Cultures Museum Sarawak, Kuching

Muzium yang tercantik dan best Ammar pernah kunjungi selama hidup di Muka bumi ini. Muzium yang macam bukan muzium, enjoy dia lain macam. Sebelum nih, Kalau muzium je mesti mengantuk disebabkan banyak bacaan gitu. Tetapi di sini, anda tidak akan mengantuk dan pastinya akan enjoy. Kalau tak, takkanlah orang nak repeat lagi kalau bercuti di Sarawak.

📍Top Spot Food Court, Kuching

Lokasi wajib untuk pencinta seafood. Orang kata, Syurga seafood di Bandar Kuching letaknya di TopSpot. TopSpot merupakan kedai makan yang berkonsepkan food court, di mana banyak pengusaha seafood yang pastinya berlainan cara masak. Banyak pilihan yang anda boleh buat, pilihlah kedai mana yang menjadi pilihan anda

Terima kasih @tourismmalaysiasarawak @malaysia.truly.asia kerana telah menjemput Ammar dan bersama orang-orang yang hebat untuk program FAM Trip Eco Tourism. Great moment with good people.

Nantikan Part seterusnya, Kita masuk ke dalam hutan! Save posting nih, untuk tentatif korang di Sarawak🤟🏻

Follow for more Adventure! ✨

#exploresarawak #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #tourismmalaysiasarawak #explorepage #exploremalaysia #malaysiaadventure #hikingmalaysia #hikingoutdoor #hikingsarawak #exploresarawak #sarawakfood #naturesarawak #waterfallsarawak #shotoniohone #outdoor #shotoniphone13 #hikingadventures #hikingculture #hikinglife #tourism #malaysiaairlines #malaysian #malaysianhikers #explorepage #exploremalaysia