Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

BUAH Rawat Eyebag

BUAH Rawat Eyebag

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
BUAH Rawat Eyebag JPEG Download
BUAH Rawat Eyebag JPEG Download
BUAH Rawat Eyebag JPEG Download

Sejak tidur kadang cukup dan terkadang tidak,mamng ami ada eyebag,so banyak ami try letak timunlah,so ami terjumla,so ami terbaca makan yang boleh rawat eyebag,so ami nak try

Korang ada tak masalah eyebeg? Atau mata letih

✅ Avokado

vitamin B dan potasium daripada buah avokado ini. Ya, ianya adalah buah dan bukan sayuran. Vitamin B yang terdapat dalam avokado ini adalah penting untuk proses perkembangan darah dan seperti yang anda sedia maklum, peredaran dan penghasilan darah yang baik memainkan peranan dalam kesihatan dan penampilan kulit juga.

Ditambahkan lagi dengan potasium dalam avokado ini, ianya dapat melawan dan mengawal kandungan sodium dalam badan yang boleh menyebabkan pengumpulan cecair di bawah mata. Selain itu, potasium juga mampu mengurangkan risiko anda untuk terkena penyakit darah tinggi.

Cara pengambilan avokado ini ada pelbagai cara, salah satunya adalah dengan menggantikan mentega sebagai sapuan roti. Ianya lemak yang baik untuk tubuh badan anda dan rasanya seperti mentega yang sihat! Selain itu, anda juga boleh menjadikan avocado ini sebagai pupur bawah mata anda untuk menghilangkan eyebag. Anda cuma perlu melumatkan avokado ini dan pupur di bawah mata anda dan biarkan selama 20 minit dan bilas. Hasilnya, bukan sahaja eyebag ada berkurang, malahan kulit anda juga akan menjadi semakin lembut!

✅ Tembikai

tembikai yang terdiri daripada 92% air dan vitamin B1, B6, serta C ini berfungsi sebagai makanan pembersihan dierutik atau pun proses air kencing dan cara yang enak untuk mengurangkan kesembapan bawah mata anda.

Menurut seorang doktor naturaphatic, Dr. Ariel Policano, tembikai mampu membantu limpa kita untuk memproses bahan buangan nitogren yang boleh menghasilkan ammonia toksik yang mana akan menaikkan tahap asid dalam badan kita dengan mengubahnya menjadi urea. Urea ini adalah selamat untuk dikumuhkan oleh ginjal kita.

Selain itu, kompaun-kompaun lain yang terdapat dalam tembikai ini boleh melindungi organ, tisu dan sel badan anda daripada radikal bebas bagi mengekalkan dan memberi kemudaan serta kesihatan terhadap kulit anda! Kompaun-kompaun ini adalah seperti lycopene, carotenoids dan lutein, lycopene, zeaxanthin serta cryptoxanthin terkandung dalam anti oksida yang terdapat dalam buah tembikai.

Hebatkan buah tembikai ini? Anda boleh memakannya sebagai snek ataupun jadikannya sebagai minuman tengahari anda untuk mata yang lebih sihat dan tidak sembab.

✅ Jambu Batu

Jambu batu diperkaya dengan vitamin C dan ianya bersifat anti oksida yang mana kedua-dua kualiti ini dapat mencegah kesan penuaan awal dan dapat mengembalikan kecerahan kulit. Untuk pengetahuan anda, vitamin c yang terkandung dalam jambu batu ini adalah lebih tinggi daripada buah limau, jadi anda bolehlah mula memakan atau pun meminum buah ini.

Pengambilan buah ini akan memastikan kawasan mata anda sentiasa berseri, anjal dan sihat. Ini sekali gus akan menyurutkan kesembapan eyebag dan juga dark circle kerana ianya memberikan penghidratan dalam kulit!

#McmneEh #BerbezaItuNormal #AskLemon8 #Lemon8MomsClub #lemon8sharing