Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

8 Perkara Anak Sulung

8 Perkara Anak Sulung

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
8 Perkara Anak Sulung JPEG 下载
8 Perkara Anak Sulung JPEG 下载
8 Perkara Anak Sulung JPEG 下载
8 Perkara Anak Sulung JPEG 下载

Berhenti Membandingkan Dirinya

✅ Setiap anak ni unik, ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Raikan dan jangan banding-banding. Terima personaliti dirinya, tunjukkan contoh yang baik supaya anak meniru sikap yang baik kita tonjolkan kepadanya.

Luang Masa Berbual Dengannya Berdua

✅ Anak sulung sangat perlukan kita untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya tanpa kehadiran adik-adiknya yang lain. Anak sulung sangat perlukan kita terutama di waktu sukar yang dialaminya. Tapi kita mak ayah langsung tidak memahami, malah terus menghakimi mereka, tanpa peduli kitalah sepatutnya menjadi orang yang paling penting untuk berikan bahu untuk mereka mengadu, pelukan hangat tanda memahami dan ciuman tanda menyayangi.

Adil dan Tidak Pilih Kasih Dirinya Dengan Adik Yang Lain

✅Satu perkara yang tak boleh dipertikaikan kepada golongan yang bergelar ibu ialah kasih sayang mereka. Mereka akan berhabis-habisan mengatakan mereka sayangkan semua anak dan kasih sayang yang diberikan sama kerana keluar dari rahim yang sama. Tapi pernah tak kita terfikir adakalanya kita sebagai ibu boleh juga tidak sengaja berlaku pilih kasih dalam memberi kasih sayang atau perhatian terhadap anak-anak?

Percayakan Dirinya

✅ Sesekali tak salah minta pendapat atau beri peluang anak sulung untuk menyatakan idea yang ada dalam sesuatu hal. Kurangkan kritik usaha mereka jika tak berjaya kerana akan membuatkan anak sulung tiada keyakinan diri dan takut untuk mencuba benda baharu. Berikan galakan dan dorongan padanya. Paling penting percayakan kebolehannya.

Hargai kewujudan dirinya

✅ Anak sulung nak sangat merasa dihargai titik peluh dan pengorbanannya terutama dalam menjaga adik-adiknya. Ungkapkan terima kasih dan berikan dorongan kepadanya. Kita yang telah diberi anugerah memelihara anak ini, tunaikan amanat yang diberikan sebaik-baiknya dengan penuh keikhlasan dan kesabaran. Sayangi dirinya penghuni pertama rahim kita.

P/s:Sedar diri,kita yang ada anak,bukan anak nak jadi anak kepada ibu ayah macam kita,jika anak diberi pilihan,percayalah dia akan pilih ibu bapa yang lebih baik dan soleh solehah yang boleh didik dirinya menjadi soleh solehah,ingat kita bukan siapa-siapa untuk rosakan anak!

#SchoolDays #RealitiSuriRumah #AskLemon8 #lemon8sharing #Lemon8Malaysia