Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

7Cara

7Cara

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
7Cara JPEG 下载
7Cara JPEG 下载
7Cara JPEG 下载
7Cara JPEG 下载
7Cara JPEG 下载

Sambungan….

Rasa Mengharap Kepada Allah

✅ Apa yang dimaksudkan dengan rasa mengharap? Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah. Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.

✅ Ulamak berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat. Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.

✅ Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)

Rasa Malu dan Hina Diri (Rasa Haya’) dalam solat

✅ Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.

✅ Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu. Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.

✅ Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).

✅ Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri!

Memakai Pakaian Yang Paling Selesa Dan Paling Cantik Ketika Solat

✅ Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.

✅ Pilih pakaian yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.

✅ Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.

Sumber ;Mufti

#Susahnya #ViralKini #Lemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #religion #tips #cara #AskLemon8 #TanyaJawabdiLemon8