Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

FASA TERRIBLE TWO

FASA TERRIBLE TWO

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
FASA TERRIBLE TWO JPEG Download
FASA TERRIBLE TWO JPEG Download
FASA TERRIBLE TWO JPEG Download
FASA TERRIBLE TWO JPEG Download
FASA TERRIBLE TWO JPEG Download

Sambungan..

✅ Biarkan si kecil meluahkan perasaan

Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.

✅ Sentiasa jaga keselamatan anak

Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.

✅ Jangan tengking dan marah anak

Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.

Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.

Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.

✅ Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik

Semua fasa yang berlaku pada anak banyak buat diri ibu mahu lebih ambil peduli tentang ilmu supaya ibu dapat didik dan handle anak ibu dengan cara yang terbaik,semoga ibu jadi ibu tidak merosakan amanah Allah

#CaraAkuBerubah #parenting #parentingtips #Lemon8MomsClub #Lemon8 #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #Lemon8Tips #momsoflemon8 #momlifestyle