Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

RAHSIA ORANG BERJAYA BANGUN AWAL PAGI

RAHSIA ORANG BERJAYA BANGUN AWAL PAGI

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
RAHSIA ORANG BERJAYA BANGUN AWAL PAGI JPEG Download

Buku penulis Laura Vanderkam, “What the Most Successful People Do Before Breakfast” memetik 90% daripada orang kedudukan tinggi yang berjaya dalam hidup bangun awal pagi, seawal 4 pagi!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PepsiCo Indra Nooyi juga pernah akui bangun seawal 4 pagi dan berada di pejabatnya paling lewat pun 7 pagi.

CEO Disney, Bob Iger bangun pada 4.30 pagi untuk membaca berita, CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi untuk berjoging.

KENAPA AWAL PAGI?

1. Semangat juang yang tinggi

Bukan senang nak bangun awal pagi setiap hari. susah, masa tu sejuk sedap tidur. mata pun kemain berat ya amat

Orang yang berjaya lawan adalah orang yang hebat. orang yang ada semangat juang yang tinggi.

Sebab tu orang hebat , orang berjaya adalah yang mampu p solat subuh berjemaah kat masjid. tak caya p tengok siapa yang selalu solat subuh.

Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. [Riwayat Muslim (725)]

2. Masa lebih lapang

Bila bangun awal. macam macam boleh buat tanpa gangguan. lagi yang ada anak kecil. saya praktiskan bangun awal sejak anak 1.

Awal pagi boleh relax sambil minum kopi. lipat baju, kemas rumah. atau layan movie yang kita suka.

kira macam me time.

lagi bila bekerja dari rumah. work from home. bangun awal settlekan hal hal rumah. masak siap. anak bangun boleh focus pada mereka, pada kerjaya.

Bila kita bangun awal. percayalah rasa macam banyak je masa.

3. Lebih produktif

Bangun awal kita akan rasa lebih lapang. tidak tergesa gesa. boleh keluar ke tempat kerja awal pagi.

bayangkan bangun lambat, terkejar nak ke tempat kerja, jalan jam, stress, emosi tak stabil. sampai tempat kerja semua kerja tak menjadi. bad mood sepanjang hari

nampak pentingkan bangun awal pagi.

4. Lebih Sihat

Bila bangun awal pagi, kurang stress. Hormon-hormon kortisol mula meningkat dalam badan kita untuk menyediakan badan kita bekerja dengan berkualiti.

Kita dapat menikmati cahaya matahari pagi.

Bangun awal pagi maka dapat sarapan awal.

Pada waktu pagi, apabila anda tidak mendapat bekalan makanan selama beberapa jam selepas bangun daripada tidur, simpanan glikogen anda telah berkurangan.

Glikogen adalah glukosa yang telah disimpan dalam tisu otot dan hati, yang mana akan dilepaskan perlahan-lahan dalam tempoh semalaman untuk memastikan tahap gula darah anda kekal stabil.

Apabila kesemua tenaga daripada simpanan glikogen telah digunakan, tubuh badan anda akan mula menguraikan asid lemak untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Tanpa karbohidrat, asid lemak hanyak teroksida sebahagian sahaja yang boleh menyebabkan tahap tenaga yang berkurangan.

Melalui pengambilan sarapan pagi, ia dapat mengembalikan simpanan glikogen dan meningkatkan tahap tenaga dan juga metabolisme anda.

Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”

“The first step to win yourself is wake up early” – Sukant Ratnakar

#AskLemon8 #life #motivation