Lemon8 Загрузчик видео

Самый простой способ скачать видео и галерею из приложения Lemon8

Nak Score Exam Tapi Last Minute Study?

Nak Score Exam Tapi Last Minute Study?

Компьютер: щелкните правой кнопкой мыши и выберите "Сохранить ссылку как..." для загрузки.

PHOTOS
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать
Nak Score Exam Tapi Last Minute Study? JPEG Скачать

Hello loves!

Okay, kalau entri sebelum ini Ain bercerita pengalaman semasa pengumuman keputusan exam sebagai Pelajar Tahun Akhir. Kali ini Ain nak berkongsi berkaitan dengan last minute study ataupun belajar pada minit-minit akhir sebelum peperiksaan.

Pertama sekali, cerita kali ini bukanlah untuk menggalakkan kita semua untuk study last minute tetapi dah namanya pun pelajar, akan ada orang dia memang jenis yang kena last minute study, barulah dapat pick up. Ada yang dah study lama dah tapi input yang paling masuk adalah saat-saat akhir. Tapi kalau dah tahu, ada banyak topik yang perlu diulangkaji, tak patutlah kalau nak guna masa 2 minggu sahaja untuk belajar semuanya semula, memang takkan sempat. Jadi, macam mana cara untuk study pada detik-detik akhir ni? Perlu baca buku satu per satu ke? Atau lebihkan diskusi dengan kawan-kawan ataupun menghafal jawapan semata?

Okay pertama sekali, memandangkan masa dah pun suntuk, terutama yang kalau minggu belajar tu hanyalah satu minggu, waktu tu tak dannya awak nak selak setiap helaan buku. Masa tu kena lagi aktif dari segi latihan tubi soalan-soalan ulangan tahun-tahun sebelum ini. Trick dia jangan hafal jawapan sebab selalu terjadi, bila kita hafal jawapan semata, nanti waktu peperiksaan, kita akan terlupa jawapannya, tak pun kita ingat yang kita pernah baca soalan yang sama tetapi jawapannya samar-samar dalam ingatan. Jadi, apa yang Ain buat for the last two weeks,

1. Buat balik semua soalan-soalan past year sendiri tanpa rujuk jawapan ataupun penerangan daripada mana-mana buku ataupun laman sesawang. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana kita faham soalan tersebut dan apa penerangan kita masa kita cross out setiap jawapan tu. Lepas dah buat baru crosscheck jawapan-jawapan yang dah dibuat, termasuk soalan-soalan yang kita keliru dengan jawapan yang telah dibincangkan bersama study group sebelum ini dan juga crosscheck jawapan dengan study group orang lain. Lagi ramai kita berbincang, lagi kita akan faham dan jumpa lebih banyak penerangan dan pendekatan yang baru. Boleh jadi pemahaman kita selama ni kurang tepat bila berbincang balik dengan study group orang lain.

2. Untuk soalan-soalan yang subjektif, soalan yang memerlukan jawapan yang panjang, aplikasikan cara memahami daripada menghafal sebab dengan memahami, daya ingatan kita lebih lama berbanding menghafal. Selain daripada ketenangan hati semasa menjawab, daya ingatan dan kefahaman yang kuat pun penting, secara tak langsung masa yang diambil untuk menjawab dalam peperiksaan nanti pun automatik akan cukup

3. Berbincang juga soalan-soalan yang kita tak tahu dengan pensyarah atau dengan someone yang lebih senior. Contoh, for medical students, berbincang soalan-soalan yang keliru dengan specialist, doktor-doktor MO dan juga pensyarah. Selain tu, perluaskan sources bantuan untuk cari penerangan yang mudah pada waktu akhir macam mneumonic, gambar-gambar nota yang menarik yang sangat short and sweet yang mudah untuk kita faham pada waktu akhir. Yang short nota ni banyak je kita boleh dapat through instagram account, nanti Ain share contoh-contoh short notes yang Ain pernah saved!

4. Active recall! Ini wajib bagi Ain, sebab tak kira berapa banyak soalan Ain buat, it won’t stay in my mind untuk jangka masa lama kalau Ain setakat go through hanya sekali. Setiap set soalan Ain rasa Ain go through few times untuk faham betul-betul dan juga untuk ingat semula. Bila active recall ni, kadang-kadang memang frustrated sebab bila u cuba ingat, akan ada benda u miss out, tapi itu yang menariknya, sebab lagi kita cabar minda untuk ingat, lagi lama info tu akan bertahan. Berbanding dengan peperiksaan sebelum ni, ini kalilah yang Ain banyak buat active recall dan hasilnya jauh beza dengan yang sebelum-sebelum ni dari segi kefahaman dan juga daya ingatan.

5. Compile nota satu tempat. Bila saat-saat akhir ni, akan ada banyak bahan-bahan nota, spot questions last minute yang kita akan dapat daripada group whatsapp (sebagai contoh), jadi, benda tu boleh jadi serabut kalau kita tak kemaskan nota. So semua nota yang kita dapat tu, better kita compilekan dalam satu tempat supaya senang untuk dirujuk. Perlu buat nota ke? For me, dengan banyaknya topik kena revise, untuk buat nota memang takkan sempat dalam masa 2 minggu. If nak buat nota, bukan pada waktu saat-saat akhir, waktu untuk buat nota adalah sebelum itu lagi sepatutnya dah buat dan bila waktu dah nak dekat peperiksaan tu, kita hanya rujuk semula nota yang dah dibuat sahaja bukan baru nak buat nota tu. Yang tak faham tu, kita bookmark bahagian tu, kemudian rujuk balik dan lebih banyakkan membaca untuk soalan-soalan yang kita “kiv” kan tu. Part ni memang kena ambik masa sedikitla untuk cari bahan-bahan penerangan tapi lagi senang kalau bahan-bahan penerangan tu dah disiapkan lebih awal. Kalau tak nak ambik masa, try tanya kawan-kawan lain yang dah tahu jawapan kepada soalan tu

6. Spot questions dan revision classes sangat membantu. Jadi, kalau pensyarah korang ada buat kelas tambahan sebelum peperiksaan, better pergi, mungkin tak semua yang lecturer bagitau akan masuk, tapi pasti akan ada benda penting yang ditekankan. Nanti at least bila keluar dalam exam, kita tak rasa terkilan sebab tak pergi kelas tambahan. Walaupun ada kawan-kawan yang pergi, yang boleh share nota, tapi bagi Ain, rasa dia tak sama, sebab bila kita dengar sendiri, lebih yakin dengan nota yang dah ditulis dan lebih faham. Spot questions sangat-sangatlah membantu Ain, besar pahala yang create the document tu, tak berkira pun untuk kongsi ilmu walaupun kita tak satu study group🫶🏻

#Lemon8Ramadan #Lemon8Diary #CampusLife #studywithme #studygram #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #studytips #examtips