Lemon8 Video Downloader

The easiest way to download video and gallery from Lemon8 app

Permainan Tradisional | Dulu vs Sekarang

Permainan Tradisional | Dulu vs Sekarang

Desktop: Right-Click and select "Save link as..." to download.

PHOTOS
Permainan Tradisional | Dulu vs Sekarang JPEG Download
Permainan Tradisional | Dulu vs Sekarang JPEG Download
Permainan Tradisional | Dulu vs Sekarang JPEG Download

Hello, loves! I’m back with storytime berkenaan permainan-permainan yang I pernah main waktu I kecik-kecik dulu! As a kid, the only thing yang kita nak adalah play time, betul tak? And itulah salah satu nikmat sebagai kanak-kanak yang mana yang hanya kita tahu, bangun tidur, makan, mandi, main, tidur balik, dan cycle itu berulang untuk bertahun-tahun lamanya. Bebas daripada stress, tanggungjawab, komitmen dan masalah kehidupan. Waktu dulu, permainan seperti yang kita sedia maklum, berbeza daripada permainan zaman sekarang

Ingat lagi tak? Zaman dulu waktu takde kemudahan seperti Ipad, phone dan playstation, kita suka main di luar dengan anak jiran lah, dengan kawan-kawan, adik-beradik, sepupu sepapat, korang kalau dulu masa kecik-kecik game apa yang korang pernah main? Kalau I, salah satunya adalah

🎮Congkak

Ni dulu rajin jugalah main, sekarang ni, board tu kumpul habuk je dekat dalam stor tu😂Seingat I, lain orang, lain peraturan permainannya. Paling nikmat, bila kita dapat grab banyak guli masuk dalam tempat kita!

🎮Ketengteng

I pernah main game ni, tapi tak selalu, honestly sampai besar I still tak faham how it works😂😂I tau lompat lompat je go back and forth

🎮Batu seremban

Yang ni paling favourite! Ni memang riuh main waktu sekolah, baik lelaki baik perempuan🤣🤣Waktu dulu rajin la membeli batu seremban banyak-banyak sebab ada corak, so yang rajin tu menjual lah dekat kawan-kawan, kecik-kecik dah pandai meniaga

🎮Galah panjang

This one I rasa salah satu permainan tradisional juga, yang ni favourite kedua selepas batu seremban bila ada ramai ahli pemainnya🤣🤣Group mana yang dapat melintasi halangan untuk ke garis penamat, dialah pemenangnya. Selain game ni, dulu masa sekolah agama waktu rehat, gigih main rebut-rebut tiang🤣🤣

🎮Gasing, wau, baling selipar

Ketiga-tiga game ni I tak pernah main, tapi antara tiga ni kalau 2 games yang I teringin nak cuba, they will be permainan wau/layang-layang dengan baling selipar (ni kalau silap baling, mau menangis kena🤣)

Permainan waktu kecik yang I pernah main waktu sekolah, game pemadam pun femes juga kalau ingat, siap kumpul ni pemadam yang ada banyak corak, waktu tu takde lagi werewolf ke monopoly ke cooking madness takde lagi🤣🤣

#WeeklyInspo #MyHighlightMoments #SayaAnakMalaysia #merdeka #Plog #game #childhoodmemories #Lemon8Malaysia #lemon8sharing #GrowWithLemon8