Lemon8 视频下载器

从 Lemon8 应用程序下载视频和图库的最简单方法

4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨

4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨

桌面:右键单击并选择“将链接另存为...”进行下载。

PHOTOS
4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨ JPEG 下载
4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨ JPEG 下载
4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨ JPEG 下载
4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨ JPEG 下载
4 Gajet Memudahkan Hidup Ibu-Ibu di Rumah! ✨ JPEG 下载

Hi semua lemonista 👋🏻

Siapa tak suka alat elektrik yang cepat dan memudahkan kerja kita. Sebagai wanita, tak kisah lah bekerjaya atau suri rumah, menjaga kebersihan, mengemas dan memasak di rumah memang kerja kita. Sampai 1001 perkara kita buat. Jadi sentiasa nak cepat!

Jom I kongsikan 4 gajet yang I memang rasa memudahkan I sebagai seorang wanita, ibu, isteri, dan sambil mempunyai kerjaya sendiri.

1. AIR FRYER SKRIN KACA

• Balik kerja, tinggal masukkan dalam air-fryer biar dia masak dalam tu. Cara masakan pun sihat sebab tak pakai minyak. Yang best sebab air-fryer ni steam dan fry at the same time jadi makanan tak kering tau.

✨Brand: Gaabor x GWEICH (RM75 - promo price)

2. MESIN KOPI BREVILLE DUAL BOILER

• Kalau dah beli mesin kopi ni tak perlu dah beli di luar. I dan suami memang penggemar latte, jadi kalau sehari 2 cawan dah kene belanja RM60 beli di kedai. I dah pakai 2 tahun mesin kopi ni dan dah balik modal sebab memang pakai hari-hari.

✨Brand: Breville Dual Boiler (RM5900)

3. HEATPUMP DRYER

• Ini gajet semua wanita kene ada. Kalau musim hujan memang stress nak keringkan baju. Tapi bila fikir nak beli dryer, nanti bil elektrik pula mahal. Heatpump dryer ni jimat elektrik ya, hanya dalam RM5 sahaja kenaikkan elektrik sebulan sebab dia jenis kitar semula udara panas untuk keringkan baju. Life-saver untuk ibu-ibu anak ramai 😍

✨Brand: Samsung Heatpump Dryer (RM2800)

4. ROBOT VAKUM

• Kalau rumah banyak kucing, ini memang memudahkan kerja seharian kita tau. Bangun pagi je dia dah buat kerja vakum dan mop lantai. Bulu kucing pun susah nak jumpa atas lantai. Kalau I tak ada di rumah, I set saja di app dan terus switch on.

✨Brand: YEEDI Robot vacuum Floor 3+ (RM1800)

#tipslemon8 #Lemon8Malaysia #HomeDecor #hometips #HomeGoods #homeideas #lemon8sharing #lemon8recommendations #lemon8hometips #homedecormalaysia